Apabila
seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul
pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk
juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses
taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
Inilah khabar
gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai
saudaraku…
1. “Wanita-wanita
yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat
wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki
yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”.
(An Nuur : 26)
Bila ingin
mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan
ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita
yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah
orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin)
dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah
akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya)
lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para
pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya
adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun
tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya.
Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji
sekian?”.
Ayat tersebut
merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan
kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah
ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah
memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong
mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda
bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya,
maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya
di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika
berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan
keperluannya?
3. “Ada tiga
golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi
sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang
menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy,
Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja
yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan
pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan
pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan diantara
tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu
sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya
diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu
berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu.
Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk
neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji
Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan
diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan
pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa,
perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas,
bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua
tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga
waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu
sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit
dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga
penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari
sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan
apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari
berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat
meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian
orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun
berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam.
Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang
mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak
diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37)
dan Ahmad).
Telah bersabda
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi
dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi
SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya)
syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530),
Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah
pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong
kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita
juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah
kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji
Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang.
Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan
yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang
menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang
yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan
meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong
kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu
penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam,
membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah
menolong kita.
9. “Sesungguhnya
Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah
benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah,
sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah.
Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum
mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar
buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus
ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu –
ragu dengan janji Allah?
copy Sini