Friday, March 30, 2012

Syukur Allah Menganugerahkan Saya Sahabat Seperti Awak





Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.
Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan,
tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.

Semua orang pasti mahukan sahabat sejati,
 namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.

Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan,
 namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.

Tapi kali ini saya yakin awak lah  sahabat saya selamanya...


Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Tuesday, March 27, 2012

Permainan Generasi Dulu

Berbeza nyer zaman sekarang...dengan zaman kanak2 dulu (:
kanak2 zaman dulu mesti lagi kreatif dari zaman sekarang..

Sekarang budak dah tak aktif seperti dulu...
24 jam duk rumah mengadap Laptop... "social Network"


Permainan Generasi Dulu

Sebelum tunggu masuk kelas,kanak2 dulu mesti akan mereka satu permainan...
Seperti dulu.. yien dengan rakan2 akan bermain

Tergolek,terjatuh,terbaring bila main benda nie.
main lompat2 kat getah... (:

Then bila time rehat pula... masing akan mencari kumpulan untuk bermain batu seremban..

Pengalam yien dengan Batu seremban...

Dulu kat sekolah yien pernah jual batu seremban ni ..5 biji seringgit...
dalam kain batu seremban tu yien akan memasukkan beras "curi beras mak"
atau pun yien letak biji sagu warna merah.."kutip kat belakang sekolah".. :)
kAIN dier yin minta kat mak hasil dari lebihan jahitan baju mak
"mak dulu selalu jahit baju kurung untuk kami"

Kechik2 dah pandai meniaga.. tapi seriesly ramai sangat pelajar order kat yien..
Wah jutawan kanak2 yien dulu... (^_^)
contoh pic batu seremaban "ambil dari pakcik google"

Apabila cikgu tak masuk kelas pula.
Kami akan bermain dengan perlawanan pemadam..

Time nie pun nak cari rezeki lebih...he3x..
Pemadam sapa yang kena himpap,pemadam tu akan menjadi hak milik si pemenang
So sesiapa yang tak kreatif untuk bermain lawan pemadam..jangan lah sesekali main...
Tak pasal2 sekotak pemadam habis di tikam orang lain.. hehehe

Agak2 ada tak jual pemadam macam nie lagi :)

Balik Sekolah sebelum tunggu Bas datang jemput..
Ada dua permainan yien akan main..
Kalau mood yien time tu lemah lembut
yien akan bermain sep-sep tiang... "permainan wanita jerk"

If mood yien agak kekasaran...
yien akan main Pepsi Cola... pijak-pijak kaki orang lain..
hehehee.. "habis kotor kasut sekolah kalau main permainan nie "

Lagu dier macam nie
Pepsi Cola, Aiskrim Soda !@$@#$#%$^ "lupa lak lagu dier" hehehe

Mood : Rindu permainan generasi muda

Kalau zaman sekarang..
Mesti tak lengkang dengan Handphone kat tangan
atau laptop tidak beralih dari riba.....



Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Monday, March 26, 2012

Bercuti di Desa Waterpark

Kedaan yang memaksa..
Apabila ketensionan berlaku di antara kami,,
untuk mengembirakan pikiran yang dah terbeku sekian lama...

Kami pergi bercuti di Desa waterpak..
tak jauh pun dari kediaman kami.. 20 minit sampai lah..
so jimat lah segala pembelajaan perjalanan "saving lak" he3x :)

Pada orang dewasa harga untuk memasuki bernilai RM22 sahaja
Cuma akan menjadi mahal bila sudah masuk ke-dalam desa waterpak..
Satu pelampung berharga RM15 "bajet sewa RM5 jerk" cekik darah bebenor...

Ini lah pelampung yang mencecah harga sampai RM15 "Sewa jer kot"
time nie tak ramai orang sebab dah nak tutup pun tmpat nie
"6 jam kami habis kan masa kat sana"

sudah mau pulang (^_^)


Sayang korang dua ketat2 <3 (^_^) 


Pada pandangan yien ttg Desa waterpark nie..
Dengan keadaan harga dier, dan layanan dier terhadap customer "memang sangt tak memuaskan"

Satu jer tempat yang yien suka iaitu Ombak kat kolam dier.. "best"
Membuat kan kulit yien terbakar kepanasan akibat leka bermain OMBAK =)
Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Friday, March 23, 2012

Akibat Meninggalkan Solat

Subuh
Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahanam selama 60 tahun. Adakah anda tahu 1 tahun di akhirat bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. Bayangkanlah jika kita sengaja meninggalkan solat subuh ni, berapa lama kita akan jadi penghuni neraka Jahanam tu? Congaklah sendiri..

Zohor
Sekali kita meninggalkan Solat Zohor dengan sengaja, seumpama kita membunuh 1000 orang muslim. Allah telah menjanjikan neraka bagi pembunuh, ni kan pula 1000 orang. Dapatkah anda bayangkan? Jangan kerana benda wajib yang tak sampai 15 minit ini kita ditempatkan di neraka. Tak berbaloi...

Asar
Dosa bagi mereka yang meninggalkan solat asar sama dengan dosa seperti meruntuhkan Ka'abah. Sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? fikir-fikirkanlah..

Maghrib
Dosa bagi yang meninggalkan solat maghrib pula sama seperti berzina dengan ibu bapa sendiri. Tak perlu hurai lanjut mengenai perkara ni. Faham-fahamlah...

Isyak
Mereka yang sengaja meninggalkan solat Isyak pula tidak akan diredhai oleh Allah untuk tinggal di muka bumi dan menggunakan nikmat-nikmat Allah. Termasuklah nikmat pancaindera. Semua yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.


P/S: Sembahyang lah kamu sebelum kamu di sembahyang kan


Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Tuesday, March 20, 2012

Pengalaman SPM Saya lak

Hari nie Semua cerita pasal pengalaman SPM kan ..
sebab musabah hari nie adalah hari SPM semalaysia :)

So di kesempatan nie..yien pun nak story pasal SPM juga
Tapi tak lah pengalaman sangat,cuma nak terkenang nasib..he3x

SPM : yien Target nak dapat Addmath 1A, tapi lupa saya dah drop addmath...he3x
ok punah harapan..sebab dulu anti nombor2 nie..hahaha

So sencara tak sengaja atau di sengaja kan...
Time seminggu nak menduduki exam SPM
Ada lak orang yang masuk merisik yien "minta couple jerk"he3x

Syarat pertama yien...
Nak Couple Dengan Saya , Wajib Dapat Addmath A1 dalam exam SPM nanti..
So kena lah tunggu lagi 4 bulan untuk tunggu result SPM keluar...

Tapi yien langgar lak syarat, belum dapat result SPM,
yien dah ter terima lamaran dier.. "tapi jodoh kami tak panjang" =)

Akhirnya impian yien untuk bercinta dengan orang yang dapat Addmath 1A
Telah terkabul hingga kini..alhamdulilah ,hubungan kami berjalan dengan lancar.. he3x =)

So lepas nie yien nak bagi syarat
Sesiapa yang ingin menikahi yien
Wajib beli kan yien sebuah kereta ferari "JOKE"



Bakal suami cukuplah yang menerima saya dan keluarga saya seadanya
Bercinta lah kerana Allah ;)

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Monday, March 19, 2012

SMK Bandar Baru Bangi

Ini lah sekolah yang ku cintai.. cinta lah sangat =)

Menapak di sekolah tu pada tahun 2003-2005
iaitu saat umur muda ku form1-form3

Selepas menamat kan zaman PMR yien di situ
yien telah berhijrah di SMTKK,"first time duk asrama"

Kenangan SMKBBB yang yien bawaketika berada di teknik adalah
lagu sekolah SMKBBB..

Kerana sebab musabab dier..Lagu sekolah SMKBBB terbaik..
Sampai budak-budak dorm yien kat sekolah teknik
semua dah hafal lagu sekolah lama yien
Wah pengaruh kuat kan =)

Tiba-tiba teringat zaman persekolahan..
Cipta nyer yien pada entry SMK Bandar Baru Bangi
Kerana...............................................
/
/
/
/
/
/
/
Puan Tipa "pengetua sekolah

 yien terjumpa Pengetua sekolah
di jamuan Perkhawinan pelajar SMKBBB "dah khawin pun dia tu"

Puan Tipah menjadi pengetua Time umur yien Form1-Form 3...
Dan sekarang umur yien sudah menjangkau 22 tahun..
So dah 7 tahun berlalu,,, :) "muda lagi"

Kan best kalau yien dah ada blog sejak Form 1 lagi..
Boleh lah baca balik semua kenangan yang berlaku di Sekolah dulu :)

pic zaman muda2 dulu :)


Motif : Bertuah nyer kalau ada Blog,simpan juga kenangan kita di network nie :)

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Thursday, March 15, 2012

Senarai Ranking Universiti Terbaik di Malaysia

Senarai ranking universiti di Malaysia ini dinilai pada
beberapa aspek yang dilihat agak relevan yang
mampu mencerminkan kualiti global dan penyelidikan di
seluruh dunia bagi tahap yang lebih baik.
Antaranya ialah Size, Visibility, Research papers & Scholars.

Senarai Ranking Universiti Terbaik di Malaysia
  1. 428 Universiti Putra Malaysia (UPM)
  2. 437 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  3. 464 Universiti Sains Malaysia (USM)
  4. 523 Universiti Kebangsaan Malaysia / National University of Malaysia (UKM)
  5. 596 Universiti Malaya – Universiti Malaya (UM)
  6. 626 Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  7. 891 Multimedia Universiti (MMU)
  8. 1222 Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  9. 1341 Universiti Malaysia Perlis (Unimap)
  10. 1411 Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
  11. 1598 Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  12. 1687 Universiti Tenaga Nasional (Uniten)
  13. 1734 Universiti Utara Malaysia (UUM)
  14. 1777 Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  15. 1838 Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  16. 1842 Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)
  17. 2127 Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  18. 2185 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  19. 2439 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  20. 2726 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  21. 2922 Open University Malaysia (OUM)
  22. 3980 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem)
  23. 4083 International Medical University
  24. 4232 Taylor’s University College
  25. 4481 Tunku Abdul Rahman College
  26. 4566 Universiti Pertahanan Malaysia (UPN)
  27. 4644 University of Nottingham Malaysia
  28. 4852 UCSI University
  29. 4977 Monash University Malaysia
  30. 5012 Malaysia Theological Seminary
  31. 5074 Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  32. 5931 Curtin University of Technology Sarawak Campus
  33. 5931 Universiti Industri Selangor
  34. 6045 Selangor International Islamic University College
  35. 6075 Al Madinah International University
  36. 6163 Wawasan Open University
  37. 6343 Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
  38. 6482 KDU College
  39. 6607 Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  40. 6642 Asia Pacific Institute of Information Technology
  41. 6978 Help University College
  42. 7018 Sunway University College
  43. 7031 INSANIAH University College
  44. 7320 Universiti Sultan Zainal Abidin (Universiti Darul Iman Malaysia)
  45. 7361 Segi College
  46. 8058 Malaysian Institute of Management

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Wednesday, March 14, 2012

KETIKA ALLAH MENCIPTAKAN WANITA

Ketika Allah menciptakan wanita,

Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"

Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"

Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...
Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...

Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...

Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...

Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"

"Tetapi...,Engkau membuatnya begitu halus & lembut"

"Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"

"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat

Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya

Malaikat itu menyentuh dadanya,
"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"

"Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"

"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"

"Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...

Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...

Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...

Mampu tertawa saat hatinya menangis...

Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...

Dia boleh melawan ketidakadilan...

Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...

Hatinya terluka saat melihat kesedihan...

Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...

"CINTANYA TANPA SYARAT"

Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"

Tuhan menjawab, "Hanya satu hal....., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia" ||

kredit by Sini
Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Monday, March 12, 2012

Selamat Hari Jadi Abah


Abah dan Mak tersenyum lebar mendengar nyanyian Happy Birthday
dendangan dari pemain di restoran Uniten "abah tahan sebak"

Penyanyi ni akan mendendang kan 2 lagu di setiap meja..


Selamat Hari Jadi Abah , Abah lah  Hero yien Satu Dalam Sejuta


DOA UNTUK ABAH-EMAK
Allaahummaghfir lii wa liwaalidayya warhamhumma kamaa rabbayaanii shaghiiraa

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku dan kasihanilah keduanya
sebagaimana mereka mengasihiku pada waktu kecil

muka lapar (^_^)

Abah dikaulah walid,abi , ayah, bapa, papa & abah yang
paling teristimewa di hati dan sanubari yien

Tidak kira penat lelah ,abah sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak
We Loving You Abah



Pengorbanan ayah tiada pengganti nya..
Apa yang dia lakukan kat kita
Boleh ker pakwer kita lakukan,
hmmm tak dapat lagi jawapan dia


P/s : Hargai lah abah dan mak anda :)

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Thursday, March 8, 2012

Bermain dengan HATI


Ya ALLAH.
Ampunkan hati yang hina.
Ingatkan semua yang alpa.
Hijrah mencari redha.
Hanya itu yang didamba.

Ya ALLAH.
Hati yang banyak cela.
Hijab yang belum sempurna.
Kata yang penuh nista.
Jiwa yang diulit dosa.
Mengenang kasih yang tak sudah.
Mengenang cinta yang tak endah.

Namun Ya ALLAH.
Berapa lama pun hati itu menjauh.
Betapa banyak pun dosa yang dipalu.
Jangan KAU paling hati itu.
Jangan biarkan ia jemu.
Untuk terus meminta restu.
Untuk terus berhijrah ke situ.

Dalam rahmat waktu ini.
Yang masih KAU pinjamkan lagi.
Semoga masih ada sinar menanti.
Cahaya yang takkan padam lagi.
Untuk menyinari hati yang masih sendiri.

Lembaran baru akan dibuka.
Pastinya ada suka dan duka.
Namun tabah tetap dipinta.
DariMU yang tidak pernah lupa.
Sentiasa ada di sisi jua.

Ya Rahman Ya Rahim.
Kesyukuran dipanjatkan setulusnya.
Keredhaan dicari sesungguhnya.
Keikhlasan dipahat semahunya.
Berkati hati itu Ya ALLAH.
Moga ada sinar di hujung sana.

Setiap detik adalah hijrah.
Hijrah yang mendamba redha.

-Kredit di Iluvislam-

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Wednesday, March 7, 2012

Trajedi Malam "Banjir"

Eceh ayat nak suspen jerk..
kisah si tino tak pandai bawa kereta sendiri..
Si tina tu sudah pastilah owner blog nie "takkan nak kutuk org lain"

Ini kisah silam semalam apabila yien memberanikan diri drive sorang2 di waktu malam...
Untuk bertemu cinta sahabat sejati yg sekian lama tidak ketemu :)
Lokasi nyer terletak di Masjid Putrajaya
Sanggup buat apa sahaja demi persahabatan "saya baikkan awak"

So kami bajet nak pergi jogging lah dari masjid putrajaya sampai ker PICC
tapi cuaca tak mengizinkan ,alhamdulilah  hujan ..

Then rancangan lain,tiba-tiba yien terfikir nak buat jejak kasih..
Ketemukan sahabat yien dengan uncle yien.. "kawan yg sekian lama terpisah"


 yien /eqmal "uncle"/ fayad "sahabat

Di sebabkan cuaca hujan yang amat lah lebat,
So plan jogging tak jadi..tambah pula yien ngn fayad buta jalan kt putrajaya..
Terpaksa lah tunggu uncle datang tunjuk jalan tempat makan "yad... eqmal nmpak mcm KPOP kan"ha3x

Ok eqmal bawa kami makan depan PICC "sumpah tak tahu situ ada steambot yang murah"
Terlalu leka makan yang sampai tak ingat dunia..."jam dah kul 10.++"
Hujan yang sangat lebat masih tak berhenti...

Lupa diri, yang yien kena drive sorang2 balik rumah nanti :(
So kami pun berangkat pulang kerumah "dalam keadaan yang sangat berhati"
wiper yien pasang selaju 220km/j hahahaha "masih tak nampak jalan" :

Tiba-tiba ada accident kat bulatan uniten
akibat banjir yang seperti sungai mengalir di higway

Melihat mangsa yang sedang di angkat oleh orang ramai masuk ke dalam ambulan
Secara tak sengaja nyer yien kat tengah2 alam tu,terdengar bunyi ambulan lagi satu
"kat mana lak datang ambulan lagi satu tu" Pin..pin.... pin...
Ya-Allah malu nya ada ambulan belakang kereta yien, "yien satu2 nya kereta yang tak beri laluan..."
Sumpah maluuuuuuu,,,,,,,,,.....

 Contoh pic banjir semalam di KL
kredit Sini

So sepanjang perjalanan tu yien memang terpikir pasal tak bagi laluan kat ambulan tu..
kereta kiri kanan semua pandang yien....

Arghhhhh malas nak cerita panjang "Taknak bawa kereta sorang2 lagi di waktu malam"

Persamaan dia antara Siti Fayyadhah dan Eqmal Fareed
kEdua-duanyer tak pandai bawa kereta MANUAL... ha3x


Perempuan yg membawa kereta manual nampak kacak "saya lah tu"

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Sunday, March 4, 2012

Jodoh Menurut Islam

Memandu 120 km/j  menuju ke masjid
Menghantar my mum pergi kursus haji di masjid negeri "seremban"

1) JODOH DARI SYAITAN

iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2) JODOH DARI JIN

iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

3) JODOH DARI ALLAH

iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.

 بسم الله الرحمن الرحيم


p/s : Perkara penting yang perlu di ambil berat adalah restu dari ibu bapa kita

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien