Thursday, May 22, 2014

Di Hari Pernikahan Ku (30/4/2014)

Assalamualaikum w.b.t

Salam Jumaat semua.
Kerajinan saya nk update blog pada hari nie di sebab kan 
sokongan en.suami pula.. 

Pagi2 dah bersuara nak suruh update blog

"Sayang update lah blog pasal kita nikah"
      "Eh mimpi apa awak nak suh sy update nie"
"Saya nak tengok isi kata awak dari blog pasal pernikahan kita tu"
       "Ok demi awak saya update pagi2 lagi"

So dalam entry ni takleh lah nak tulis panjang2 takut2 
en.suami tak sedap hati dengan kata2 yg terlempar di blog nie.. "syg suami"

Kali ni Yien bagi gambar yang menceritakan segalanya... (^_^)

!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!


Sebelum turun ke bawah untuk jumpa dengan  bakal suami...

Gedix2 snap pic kat dalam bilik pengantin dengan dayang2 kebiruaan... 
Thankz2 dayang2 ku bagi support penuh dekat saya... muaxzzzzzz


Turun2 tangga jerk tengok tetamu dari pihak lelaki dah ramai..

Hah nampak tak muka saya yang over suka di situ :p

Sempat selfie guna monopod dulu..
Padahal jantung dah berdegup laju..nervousssssssss..
Taraaaaaaaaa..muka husband yang nervous menanti tok kadi =P
tak sabar yerh suami ku...
saya sayang awak suamiku


Alhamdulilah dengan sekali lafaz saya sah  menjadi isteri awak Mohd Azri bin Mohd Kamal






Ya Allah
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati... Aamiin





Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Wednesday, May 21, 2014

4 syarat wanita ke syurga *Keempat : Mentaati Perintah Suami.

Assalamualaikum 
Saya tertarik pada syarat yang keempat..Sebenarnya semua kita kena ambil tahu
So disebab kan saya yg tak sampai sebulan jadi isteri pada
seorang lelaki yang baik hati  "puji suami" (^_^)
Tertarik lah pada syarat yang keempat

Berdasarkan sabda Rasulullah: "Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.

iaitu :

Keempat : Mentaati perintah suami.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:“Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah.”(Riwayat Thabrani)

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Sahabat yang dimuliakan,
Wanita yang layak untuk memiliki peluang dan jalan yang mudah ini adalah khusus untuk wanita yang berkahwin kerana dengan perkahwinan ini barulah teruji kesetiaannya menjadi isteri dan ibu yang solehah. Barulah segala kelebihan dan pahala yang berlipat ganda akan diperolehi semasa berkhidmat sebagai isteri dan ibu yang penuh bertanggungjawab.

Kekurangan untuk wanita yang tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu Syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. Bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli Syurga di akhirat adalah amat mudah. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w di atas.

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin akan memiliki pahala yang besar seperti berikut :

1. Bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung.

2. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan.

3. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba.

4. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada Neraka.

5. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa.

6. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s.a.w di Syurga kelak.

7. Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala .

8. Lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.

Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Sekiranya seorang wanita belum bertemu jodoh ia tidaklah termasuk dikalangan yang rugi kerana soal jodoh adalah urusan Allah s.w.t.

Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, taqwa, berilmu walaupun lelaki tersebut telah berkahwin dan bukan seorang hartawan.

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya : “Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan. Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau ia telah berkahwin?” Jawab baginda, “Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali).” Maksudnya disini bukanlah menjadi satu masaalah bagi lelaki yang telah berkahwin untuk melamar dan mengawini seorang wanita. (berpoligami)

Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi banyak pahala.

Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk Syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah naungan suami.

Sahabat yang dikasihi,
Kenapakah Nabi s.a.w ada mengatakan ramai ahli Neraka adalah wanita? Apakah salah silapnya yang menjadikan penghuni Neraka majoritinya adalah wanita.

Sebab-sebabnya adalah seperti berikut :

1. Wanita sering tidak bersyukur dengan nikmat rezeki yang dibawa balik oleh suaminya. Suka kepada kemewahan dan perhiasan yang hebat-hebat dan cantik.

2. Wanita sering menderhakai pada suaminya. Suka berbantah-bantah dan sentiasa menegakkan pendapatnya tanpa menghiraukan perasaan suami. Wanita yang meminta cerai kerana suaminya bercadang berpoligami adalah satu dosa kerana hak berpoligami adalah hak yang diberikan oleh Islam kepada kaum lelaki.

3. Wanita sering tidak menjaga kehormatan diri seperti suka membuka aurat (tidak bertudung kepala) dan suka berhias-hias untuk memperlihatkan kecantikannya kepada yang bukan mahram atau suami dan tidak dapat menjaga batas pergaulan yang ditetapkan syariat.

4. Wanita sukar untuk menjaga lidahnya daripada mengumpat dan mengadu domba. Dan sering menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suami dan orang lain. Terdapat juga sebahagian wanita yang fasik tidak dapat mengawal nafsunya hingga sanggup melakukan zina.

Sahabat,
Oleh itu wahai sahabat-sahabatku wanita yang beriman! Jauhlah diri kalian daripada amalan dan perbuatan yang mendatangkan dosa besar dan akan mengheret kalian ke Neraka Jahannam. Rebutlah peluang keemasan ini iaitu melakukan ketaatan kepada empat perkara yang dinyatakan di atas. Ini adalah tawaran Allah s.w.t yang paling mudah untuk kalian memasuki Syurga Allah s.w.t melalui mana-mana pintu Syurga yang kalian pilih.

kredit http://detikislam.blogspot.com/

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Tuesday, May 20, 2014

Tentang Hantaran Last Minute !!

Assalamualaikum,

Alhamdulilah genap 3 minggu yin bergelar Puan a.k.a Isteri orang..

Mengagahkan diri nak update blog "simpan kenangan lah katakan "
Jenuh save pic satu2 dari Whatsapp kawan2.. camera HP  pengantin satu gambar pun takde.


Hari ini nak cerita pasal Hantaran dulu lah... esok..esok...esok..esok
baru cita pasal Nikah and Kawen "entah2 bulan2 depan2 baru update" he3x
Mood kemalasan melanda mengupdate Blog nie..
ini pun atas perminataan kawan suh update blog cita pasal kawen..
padahal dah lupa.."aku ada blog ker??huhu"

Peristiwa ngeri yin pada Hari pernikahan ialah
baru Nak Siapkan BARANG HANTARAN "satu hantaran pun tak dibuat lagi"
Popek popek popek lah yin kena dengan Kawan n My auntie..huhuhu (PASRAH)

Malam sebelulm kawen baru beli barang2 hantaran untuk lelaki
mujur duit cash Terbanyak "ter"..alhamdulilah rezeki orang bagi..

So pagi tu juga lah Kawan ku Siti Fayaddah dan Mak lang ku..
Bertungkus lumus menyiap kan barang hantaran di hiasi fresh flower (Bunga Ros)
Cantik Sangat even wat kerja last minute akibat sikap aku yg bertanguhan nie.. hehehe





Hah ini lah hasil kerja last minute..
TQ so much kat maklang nyer idea design hantaran yg super daboommm.. (^_^)


Dengan sekali lafaz


Nur illliyin sah bergelar isteri kepada Muhammad Azri bin Mohd Kamal
 Pada 30/4/2014 (RABU)  jam 5.40petang

Pic nikah yg lain di entry lain.. tak tahu nak update bila?????hehehe


Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien