Sunday, August 2, 2015

Open House dan Hari Jadi Anak Bongsu (^_^)

Assalamualaikum

Alhamdulilah selesai sudah makan2 di rumah kami
Perasaan penat di tambah dengan seronok

Terima kasih Bonda kerana gagah Menyediakan Menu dan menerima
tetamu selama Dua hari pada 31/7/2015 (jumaat) dan 1/8/2015 (sabtu)




Open House pada 31/7/2015 (jumaat) yg dihadiri oleh orang2 opis yien dan orang opis mak
Lelaki pergi solat jumaat, yang perempuan kenyang kan perut di rumah kami :)

Penat semalam pun tak habis lagi,kita sambung penat pada hari sabtu
kali ini jemputan oleh semua kawan2 abg,kakak,dan adik bongsu a.k.a yien he3x

Okay kita up pula gambar pada Hari Sabtu 1/8/2015 (Jatuh pada tarikh birthday yien)
Excited selama 4 jam..hehe (open house kali ke-2 pada 1/8/2015)




Bersama kawan SMTKK yien(shakina) yang sangat rapat.. Punya lah rapat,sampai yien selalu lupa nk invite dyer pada setiap majlis yien.. Majlis Tunang,Khawin n Open House terlupa ajak dye..tapi dye tetap tabah kan diri untuk hadir...Terharu sangt.. Minta maaf yergh sayang.. :)

Ini pula bersama sepupu yien (Piqa), kami berkongsi tarikh lahir yang sama dan umur kami pun sama..Cuma sepupu saya nie hebat.. sambung belajar hingga Master.. Saya pula kerja di UPM jage pelajar Master jerk..nk sambung nyer..Masyallah tuhan jer tahu perasaan nk sampai ke Master tu...



Alhadulilah ini lah Kek yang yien terima pada tarikh lahir yien.. 
Tiga kek yang berbeza flavour...

Kek Pertama : Sponser dari Husband
Kek Kedua : Sponser dari Mak mertua..(untunglah mak mertua sayang) he3x
Kek Ketiga : Dari my uncle (ayah syafiqah)


Doa kan lah semoga yien ni dipanjang kan umur,dimurahkan rezeki,Istiqamah dalam membuat amal ibadat..insyallah..Alhamdulilah Allah memanjangkan umur dan memberi kesihatan kepada yien.. 



Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Sunday, July 5, 2015

Iftar Inspira (PIOCM)

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan 
First entry pada bulan puasa tahun nie, 
Iftar bersama kawan2 group Inspira itew.

Iftar pAda 3 July 2015 
Bertempat di  Ana Ikan Bakar Bangi



Sudah pasti orang bangi yang akan sampai dulu..(Saya2)
tiba2 ada flash hp snap pic keta itew.. (credit abg Muaz)
nak snap pic keta dye semula..camera yg itew guna nie N3310 jerk...huhu

Kisah sadis nyer berbuka di sini... berjam2 tunggu nasi sampai ...
Tapi Alhamdulilah Makanan dye sangat sedap dan memuaskan..
Berbaloi lah dengan harga dye.. (,")

Snap pic sebelum bergerak ke lokasi yg lain..
walaupun berjem2 tetap tabah kan hati konvoi..hehe


Berkumpul di econsave jalan reko..
pusing berkali2 baru jumpa parking yang jauh dari lokasi.



Doorgift yang di beri oleh abam Alilf
tq abg alif...

beg berisi cawan dan coklat.. nyumm :)

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Friday, June 26, 2015

Shopping & Iftar with Dorm 1 SMTKK


Shopping di Jalan TAR
 dari kul 10pg sampai waktu berbuka

Rindu sangat kat dorng nie... dah lama sangat tak jumpa
dan susah nak jumpa .. last jumpa pun 1/5/2014(tak lama sangat lah) hahaha


we shared Smile =)



I will mis you Pn. Shahidatul Ain, Pn. Syazwani,Cik Nur Balqis dan Cik Syamimi..
Semoga kita akan ketemu lagi yergh...




Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Sunday, June 21, 2015

Alhamdulilah Interview SPA..

Assalamualaikum semua,, :)




Mcam biasa bila ada mood baru lah nk buka blog..
Pastu pikir kali nie nak simpan kenangan apa pula kat Blog..

Okay teruskan al-kisah pertama kali dapat interview SPA
Sapa tak tahu itu SPA ???
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (baru search goggle cari maksud) hehe

Kisah nyer... 

Pengalaman pertama.. 

Jawab exam on9 start 8.00 MlM
Ada 3 scop soalan.... Soalan paling stress soalan Matematik
mencabar minda sungguh..mujur releks ada suami addmath & math dapat A1 (bangga seminit)
kawan siap pm inbox FB minta jawapan.. huhuhu main tpu itu normal :)

Pengalaman kedua..

Dapat surat dan emel dari SPA..
interview pada  1/6/2015
paling mengejut kan .. Waktu interview MALAM 
..tapi pada hari kejadian staf SPA call suh datang petang..
Memang tak dapat lah makcik nk kluar office..

then staf tu tanya... mkcik ni kerja mana?
makcik jawap lah kerja UPM,, 
owh UPM mmg susah nak kluar erk!!?krik..krik..

Makcik pun tetap datang malam .. sunyi sepi jer dewan interview nie...



Nampak sunyi sangat..mujur ada asbend teman..

okay dan senarai yang hadir pada malam tu 
hanya lah 2 orang...

Mula2 malu lak rasa sbb dua orang jerk..
mujur panel dye cantik2 manis.. sejuk mata memandang..
Alhamdulilah tidak perlu menunggu lama..

Soalan pertama  tanye kenapa nak kerja kerajaan ???


sebab nak wat pinjam loan (salah)
sebab nak duit bersara (Salah)

jawapan nyer: Tidak dapat dinafikan bahawa berkerja di sektor awam ini memberikan jaminan masa depan buat saya dan juga keluarga saya. Biarlah orang berkata ”kerja kerajaan ini gaji sikit je” tetapi bagi saya, terjamin masa depan. Tidak ada risiko dibuang kerja jika berlaku kegawatan ekonomi seperti yang berlaku di sektor swasta kini.

Soalan lain pandai2 lah korang search goggle.. banyak yang sama...(^_^)


Kalau nak tahu pengalaman interview yien di tempat lain leh klik 



Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Wednesday, April 29, 2015

Alhamdulilah Ulang tahun Perkhawinan




Aku..
Tidaklah Semulia KHADIJAH
Tidaklah Setaqwa AISYAH
Tidaklah Setabah FATIMAH
Bukan pula Sekaya BALQIS
Apalagi Secantik ZULAIKHAH

Aku hanyalah Wanita Akhir zaman 
yang punya cita2 menjadi Isteri Yang Shalehah


Semoga ikatan ini kekal hingga ke jannah


Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Thursday, April 23, 2015

APC 2014 UPM

Assalamualaikum,

Alhamdulilah Hari ini 23/5/2015

yien sekeluarga (lebihkuranglah) angah,mak n yien
telah menerima anugerah dari UPM
iaitu APC(Anugerah Perkhidmatan Cemerlang)

Sungguh excited bila dapat surat tu..
Alhamdulilah terima kasih kepada Prof.Fudziah 
mencalonkan yien wink..winkk...



Bersama Angah,yien,mak,makcu...

Bersama orang2 Fakulti.. :)


 
Bersama orang2 yang hebat.... Dr.Siti hasana,Prof.Fudziah,Prof.Adem,Dr.Md Sohel, PM Dr. Leong



Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Friday, March 27, 2015

Wednesday, March 18, 2015

Alhamdulilah Di Panggil Interview Lagi



Alhamdulilah dalam bulan tiga (3) nie 
dua (2) kali dapat panggilan Interview

Firts interview di UPM status TETAP
Second interview di MPOB status KONTRAK

So sangat mencabar dada dan jantung yien... 
Keduanye bawah Badan Berkanun 


Pengalaman Interview di UPM: (3/3/2015)
Wajib hafal latar belakang UPM walaupun dah 4 tahun bekerja di UPM
visi n misi UPM pun tak pernah tahu..
kelam kabut lah hafal .... arghhhhhhhh sakit perut tu mmg wajib..
Di UPM dia panggil tiga(3) orang sekali masuk untuk Interview
Calon ada 98orang, yang di kehendaki (rahsia)

Soalan dari Panel UPM :

1 ) Ceritakan pasal diri anda?
2) Tugas anda sekarang?
3) Kenapa pilih UPM
4) Apa yang akan anda lakukan 5 Tahun akan datang?
5) Aktiviti sukan di luar?


Pengalaman Interview di MPOB(19/3/2015)
Wajib lah hafal pasal latar belakang MPOB yg sememangnye
tak pernah amik tahu pun pasal MPOB sebab keturunan 
nenek moyang tak pernah  ada sejarah kerja di MPOB
Di MPOB dia panggil sorang2 masuk Interview
Calon ada 30 orang, yang di kehendaki 9 orang

Soalan dari Panel MPOB:

1)Ceritakan pasal diri anda?
2)Tugas anda sekarang?
3)Aktiviti sukan di Luar

Nak ucapan kan ribuan Terima Kasih kepada kawan ku 
Fayyad yang bekerja di MPOB banyak membantu dan support saya
Panel tu semua kenal dye..hebat.. love yad

Kedua2 interview tak tanya pun pasal Latar Belakang Organisasi tersebut..he3x
Tips untuk interview ada di SINI





Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Wednesday, March 11, 2015

TIPS KHATAM AL-QURAN SELAMA SATU BULAN


Kita bermain dengan gambar jer yerh
Cetak n Tampal dalam bilik
jadi panduan setiap hari..


Insyallah Istiqamah itu penting..





kredit utk mendengar ayat2 Al-quran 
di pejabat,dirumah,atau dimana sahaja anda berada...
klik SINI 


Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Tuesday, March 10, 2015

Kos Untuk Bina Sebuah Rumah?

Jawapan :

Ambil contoh rumah bungalow yang ditawarkan oleh Pemaju Perumah , 
Harga rumah bungalow antara RM266k ~ RM419k. 
Harga purata : (266 + 419) / 2 = RM342.5k. 
Maka Harga Rumah Bungalow yang sederhana dari segi keluasan dan rekabentuk adalah 
RM 342,000.00 sebuah. Tetapi kita andaikan lebih rendah iaitu = RM320.000.00 sebuah
Kadar Harga Kontraktor per kaki persegi antara RM105 ~ RM125.
Ini adalah harga standard bagi sebuah banglo. 

Andaikan RM110 per ka persegi. 
Sekadar contoh ambo ambil keluasan 1650ft2 termasuk porch
Luas lantai = 1400 ft2, Maka Harga bagi luas lantai kawasan yang berdinding (build up area) adalah RM110 x 1400ft2 = RM154,000.00. 
Kawasan yang tidak berdinding spt porch, varendah dll.
Gross area 1650ft2 – build up area 1400ft2 = 250ft2
Bagi kawasan yang tidak berdinding harga standard sekitar RM65 ~ RM75per ft2.
 Andaikan RM70/ft2, Maka harganya adalah RM70 x 250ft2 = RM17,500.00. 
Kos pembinaan rumah tidak termasuk pagar = RM154,000.00 + RM17,500.00 = RM171,500.00

Kos pembinaan pagar batu-bata diikat setinggi 600mm dan disambungkan dgn. 
pagar berangkai (chain link) setinggi 900mm termasuk 
pre cast tiang pada setiap 3.0meter. = RM 22,000.00


KOS PEMBINAAN BUNGALOW RM 171,500.00
KOS PEMBINAAN PAGAR + RM 22,000.00
_____________________________________________
HARGA KONTRAKTOR = RM 193,500.00
NILAI TANAH TAPAK RUMAH = RM 95,000.00
——————————————————————————–
JUMLAH KESELURUHAN = RM 288,500.00
========================================
HARGA YANG DITAWARKAN OLEH PEMAJU = RM 320,000.00
HARGA BUNGALOW TERSEBUT = RM 288,500.00
——————————————————————————-
MAKA KEUNTUNGAN PEMAJU = RM 31,500.00
==============================================
SEKARANG AMBO TUNJUKKAN BERAPA BANYAK DUIT YANG DAPAT ANDA JIMATKAN JIKA MENGURUS SENDIRI PEMBINAAN RUMAH ANDA/ANDA SEBAGAI KONTRAKTOR UNTUK KENALAN ANDA….


HARGA KONTRAKTOR = RM 193,500.00
Jika nak mengurus sendiri pembinaan rumah
anda kena cari dan direct deal dengan tukang rumah.

Kadar Harga semasa tukang rumah adalah sekitar RM18 ~ RM24 per ft2.
Jika seperti bungalow kadar harganya adalah RM21 atau RM22/ft2.

Ambo andaikan RM22/ft2
Maka harga upah tukang rumah bagi luas lantai yang berdinding adalah
RM22 x 1400ft2 = RM30,800.00
Bagi carporch, varendah dll. kadar upah adalah RM14/ft2
maka upahnya adalah RM14 x 250 = RM 3,500.00
Upah bina pagar RM 6,000.00
Oleh itu RM30,800.00
+RM 3,500.00
+RM 6,000.00
_________________________
RM40,300.00
Lain-lain kerja/kos yang berkaitan:-
Upah kerja mengecat————pukal———————RM2,500.00
Upah pasang jubin lantai dan dinding—per ft2 dan pukal—-RM3,500.00.00
Pintu Sliding (pemasangan + bahan)———-pukal—————–RM1,700.00
Kerja letrik (kerja pendawaian + barang + deposit TNB)——RM6,000.00
kerja paip (kerja pemasangan + barang + deposit JBA)—-pukal———–RM4,000.00
Sewa mesin pengorek tanah (backhoe)——-anggaran——RM2,000.00
Mesin pembancuh konkrit————-RM400/bulan———-RM2,400.00
Kos luar jangka——————-anggaran—————–RM1,000.00
Kos pengurusan———————————-anggaran———————————RM2,000.00
________________________________________________________________JUMLAH LAIN-LAIN KOS YANG BERKAITAN = RM25,100.00=================================================================

SEKARANG AMBO TUNJUKKAN BERAPA BANYAK DUIT YANG DAPAT ANDA JIMATKAN JIKA MENGURUS SENDIRI PEMBINAAN RUMAH ANDA….HARGA KONTRAKTOR = RM 193,500.00.

Jika nak mengurus sendiri pembinaan rumah anda kena cari dan 
direct deal dengan tukang rumah.

Kadar Harga semasa tukang rumah adalah sekitar RM18 ~ RM24 per ft2.



Jika seperti imej bungalow di atas kadar

KOS UPAH TUKANG KESELURUHAN + BEKALAN LETRIK DAN AIR
RM40,300.00 + RM 25,100.00 = RM65,400.00
SECARA ASASNYA KOS PEMBINAAN RUMAH DIPECAHKAN KEPADA 3 PERKARA IAITU:-
BAHAN BINAAN———————–1/3
UPAH TUKANG/PEKERJA——–1/3
KEUNTUNGAN KONTRAKTOR—1/3
KIRAAN HARGA KONTRAKTOR ADALAH RM 193,500.00
TOLAK UPAH TUKANG / PEKERJA RM 65,400.00
_______________________
= RM 128,100.00
ANGGARAN KOS BAHAN BINAAN DAN KEUNTUNGAN KONTRAKTOR
RM 128,100.00 / 2 = RM64,050.00
MAKA RINGKASAN ANGGARAN KOS BAGI PEMBINAAN RUMAH BUNGALOW
KOS BAHAN BINAAN =RM64,050.00
KOS UPAH TUKANG/PEKRJA =RM65,400.00
KEUNTUNGAN KONTRAKTOR =RM64,050.00
______________________________________________________
RM 193,500.00
=============================
Daripada Analisa Kos Pembinaan Rumah Bungalow di atas didapati keuntungan yang diperolehi oleh kontraktor yang anda lantik adalah RM64,050.00. Jadi kenapa anda tidak berminat untuk membina rumah sendiri ataupun menjadi kontraktor binaan untuk mengurus dan membina rumah orang lain..



Assalamu'alaikum. Saya sdg mencari kontraktor utk provide plan dan bina rumah di tapak keluasan 60 X 130. Cadangan nak bina rumah banglo 2 tingkat luas 30 X 70.
Area Bangi, Sg Buah. Projek dijangka Mei 2017. Hubungi saya di 017-3305198.
Email yien_meow@yahoo.com. yien. Tq   :)


sumber : Sini

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Wednesday, March 4, 2015

TIPS TEMUDUGA


Yien dapat tawaran Temuduga....Punya lah mengharap... study punya study tips di bawah
Satu tips pun tak masuk...

1.     Beritahu kami tentang diri anda?
Biasanya, soalan ini adalah soalan pembuka. Oleh itu, jangan habiskan masa terlalu lama untuk menjawabnya. Berikan jawapan yang dari segi empat perkara ini, iaitu; tahun-tahun terakhir pendidikan, pengalaman kerja terdahulu dan pengalaman kerja semasa. 

2.     Apa yang anda tahu mengenai kami?

Ketika anda diajukan oleh soalan ini, anda diharapkan oleh penemuduga untuk mengulas mengenai produk atau perkhidmatan, keuntungan, reputasi, pandangan masyarakat, objektif, masalah, gaya pengurusan, kakitangan, sejarah dan falsafah organisasi. Berikan jawapan yang menunjukkan anda meluangkan masa untuk mencari maklumat mengenai organisasi tersebut. Tetapi janganlah anda bercakap seperti anda tahu semua tentang organisasi tersebut. Tunjukkan keinginan anda untuk mempelajari lebih banyak tentang organisasi tersebut, dan jangan memberikan jawapan yang negatif seperti “Saya tahu syarikat ini mengalami masalah”. Tekankan keunggulan dan kejayaan organisasi serta minat anda terhadap organisasi. 

3.     Apa yang dapat anda berikan kepada kami (yang orang lain tidak boleh beri)?Sebutkan prestasi dan pencapaian kerjaya yang telah anda capai. Sebutkan kemampuan dan perkara-perkara yang menarik perhatian penemuduga, nyatakan bagaimana anda lakukannya.

 4.     Nyatakan kemampuan anda menentukan kepentingan, mengenalpasti masalah, dan apa yang paling menarik bagi anda bagi jawatan yang dipohon? Dan apa yang paling tidak menarik?
Sebutkan tiga atau empat faktor menarik dari pekerjaan yang anda ingin miliki ini dan satu faktor yang kurang menarik bagi anda.

 5.     Mengapa kami harus mengambil anda bekerja?

Soalan ini sama seperti soalan nombor empat tadi, sebutkan sahaja kelebihan diri anda yang mampu menyokong organisasi ini.

 6.     Apa yang anda cari di dalam sesuatu pekerjaan?

Berikan jawapan yang berkaitan dengan peluang di dalam organisasi. Beritahu penemuduga sekiranya anda ingin memberikan sumbangan dan dikenali di dalam oragnisasi di masa akan datang. Hindari jawapan yang mempersoalkan kestabilan kewangan peribadi.

 7.     Bagi anda, apa definisi dari jawatan yang anda pohon ini?

Berikan jawapan yang ringkas dan berkaitan tugas dan tanggungjawab jawatan yang anda pohon itu. Pastikan anda tahu mengenai jawatan tersebut sebelum anda menjawabnya. 

8.     Berapa lama waktu yang anda perlukan untuk memberikan sumbangan bermakna kepada kami?

Berikan jawapan yang realistik. Beritahukan penemuduga, walaupun anda akan berusaha mengatasi segala harapan orang atasan kepada anda dan mendapat kritikan dari hari pertama, anda memerlukan sekitar enam bulan untuk betul-betul mengenali organisasi tersebut dan keperluannya.

 9.     Berapa lama ada akan bersama kami?

Beritahu kepada penemuduga bahawa anda sangat berminat bekerja bersama oragnisasi tersebut. Anda mahu bersama-sama menghadapi segala kesukaran, dugaan dan mencapai matlamat organisasi bersama.

10.  Dari CV anda, kami rasa anda terlalu berpengalaman bagi menjawat jawatan ini. Bagaimana pendapat anda?

Ini soalan perangkap. Anda diharapkan untuk merendah diri namun percaya pada diri dengan kemampuan anda. Cara terbaik menjawab soalan ini ialah katakan anda perlukan masa untuk mengenali organisasi dengan lebih jauh sebelum menjadi cekap untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi.

11.  Kenapa anda meninggalkan pekerjaan anda yang sebelum ini?
Anda sebaiknya menjawab soalan ini denga jujur namun ringkas dan jelas termasuk jika hal anda dipecat dari pekerjaan sebelum ini. Walaubagaimana pun, anda sebaiknya jangan menyebut tentang konflik peribadi. Anda perlu menjangkakan bahawa penemuduga mungkin akan bertanya banyak soalan tentang masalah ini, jangan sampai anda beremosi.

12.  Apa yang anda rasakan ketika harus berhenti dari pekerjaan anda?
Beritahu penemuduga bahawa anda berasa bimbang namun tidak panik. Katakan bahawa anda telah sedia menerima segala risiko demi mendapatkan pekerjaan yang sesuai untuk anda. Jangan menunjukkan anda lebih mementingkan kestabilan kewangan.

13.  Di dalam pekerjaan anda sebelumnya, apa yang anda suka? Dan apa yang anda tidak suka?
Berhati-hatilah dalam menjawab soalan ini dan kemukakan perkara-perkara yang positif. Nyatakan secara terperinci hal yang anda suka dan tidak suka. Jangan menyebut tentang masalah peribadi. Jika prestasi anda teruk di dalam pekerjaan sebelum ini, penemuduga akan bertanya-tanya mengapa anda berada di sana. Hal ini akan menjejaskan profesionalisme anda.

14.  Apa pendapat anda tentang ketua anda sebelumnya?
Soalan ini juga hendaklah dijawab dengan berhati-hati. Jawablah soalan ini dengan positif kerana bakal ketua anda akan merasakan anda akan mengata hal-hal yang buruk tentangnya seperti apa yang anda lakukan terhadap bos anda terdahulu.

15.  Mengapa anda tidak mendapatkan pekerjaan yang lebih baik di usia anda sekarang?
Soalan ini adalah soalan perangkap juga. Beritahu penemuduga bahawa inilah sebab anda memohon jawatan di organisasi ini. Jangan bersikap defensif.

16.  Berapa gaji yang anda inginkan?
Ini soalan yang menarik, namun pastikan anda menyebut had angka misalnya RM2,000 – RM2,500, yang anda yakin merupakan gaji yang sesuai atau anda sendiri bertanya kepada penemuduga berapa had gaji yang akan diberi untuk jawatan tersebut. Jika anda diajukan soalan ini pada awal sesi temuduga, sebaiknya elakkan bertanya yang anda ingin tahu berapa banyak tanggungjawab yang akan anda pegang di perusahaan tersebut sebelum menjawab soalan gaji ini. Tegaskan bahawa anda mementingkan pekerjaan dan bukan menjual standardanda.
  
17.  Apa matlamat jangka panjang anda?
Untuk menjawab soalan ini, anda perlu meneliti organisasi tersebut dan mengetahui perancangan dan matlamat mereka. Jawapan anda hendaklah seiring dengan matlamat dan obejktif organisasi.

18.  Berapa banyak kejayaan yang anda rasa anda telah capai?
Berikan jawapan yang positif dan percaya pada diri, namun jangan memberikan jawapan yang berlebih-lebih. Jangan membuat penemuduga berasa anda seorang yang suka membesar-besarkan sesuatu.

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Monday, March 2, 2015

CNY 2015

Assalamualaikum..
Tadaaaaaaaaaaa... yien update blog ni kawan2..hehee

asyik nak bagitau blog ni dah berhabuk jerk
boring lah punchline yg sama..hehehe

Okay nak cerita yang yien sambut tahun baru cina 2015
jengjengjeng..pasti ada orang bisik2 "tak elok lah meraikan perayaan bangsa lain"

Actly bkn meraikan pun..cuma ada sebab musabab nyer.. sila baca sampai abis entry nie...he3x
demi FIL saya pun pergi raya umah cina...."makluma lah org dah ada 2 keluarga"hehe

tadaaaaaa... ini makanan yang diberi

1.Air kotak soya n tebu 
2. Buah limau
3. Biskut beras
(Halal Alhamdulilah)


Sebab musabab yang terpaksa 
beraya di rumah cina adalah...............................................

Sebenarnya FIL adalah mualaf.. sbb tu suami saya henserm hehehe


Inilah family mertua bahagia kami..
asbend itew ada 10 adik beradik.. meriah tau... :)
Ini adik beradik perempuan asbend..
uiiittt.. lawa kan..
lai lai lai... single but not available...huhuhu


Terima kasih ayah kerana mengenalkan saya dengan popo
FIL saya sporting tau... seronok  tgk menantu dye dapat ampau...

Orang cina kata dah kawin tak leh dapat .. mujur auntie itew tak kisah
dye bagi jgk itw ampau..kalaulah tak dapat ampau time tu..
balik umah muka muram 24 jam..minta asbend lah yang bagi ampau gelang emas..huhu..


Disebabkan dah lama tak update blog
ayat pun dah terabur merepek meraban....

MooD: Doa kan itew dapat melahirkan zuriat yang soleh yerh.. (,")









Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien