Thursday, August 25, 2011

Sebelum Balik Kampung Isi Borang Ni Dulu =))

Ok yien share untuk kawan2 yang tersayang..
Selamat Bercuti :)
Nak no account yien tak??
bank-in duit Raya kat yien.. :)


Terkini, PDRM telah pun menyediakan BORANG MAKLUMAT : BALIK KAMPUNG sempena cuti perayaan Aidilfitri ini. Apa sebenarnya tujuan borang ini? Tujuan borang ini dikeluarkan ialah demi mencegah kegiatan jenayah semasa penduduk di kawasan perumahan meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung semasa cuti perayaan.

Borang ini perlu diisi oleh pemilik kediaman & diserahkan semula ke Balai Polis berhampiran, bagi memudahkan pihak polis membuat pemantauan dan rondaan. Didalam borang ini juga disertakan tips-tips bagi mengelakkan kejadian pecah rumah dan banyak lagi. Dimana anda boleh mendapatkan borang ini? Sungguh mudah, dengan hanya klik DOWNLOAD atau layari laman web PDRM. Akhir kata, selamat bercuti. :D

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Wednesday, August 24, 2011

Jadual Raya

Malam Raya..
  • Potong daun pandan.. berserta bunga kertas, tabur kan
     sedikit minyak wangi mawar
  • Pasang pelita.,sangkut keliling pagar
  • Lawan mercun dengan jiran Kampung
Pagi Raya...
  • Bangun pagi mandi di sertakan niat raya
  • Memakai Baju Raya
  • Sembahyang raya
  • Beratur salam dengan orang yang lebih tua
    "di hiasi duit raya di tangan"
  • Menyambut kedatangan orang masjid
  • Sesi fotografi
  • Persiapan pergi menziarahi kubur
  • Berjalan raya rumah ke rumah saudara mara
  • Sesi mengadap telivesyen :)
  • Mandi pantai "depan umah jerk"

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Tuesday, August 23, 2011

Air Mata Syawal

Sayu...
Hati ini makin sayu
Rindu...
Terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda
Bermain di mata 
Mengajak ku pulang ke desa 
Di hari bahagia
Hari raya

Lama ku tunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Air mata jatuh berlinangan

Ku ingin berulang
Manisnya bersama
Menyambut hari bahagia

Jarak memisahkan
Rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

Duhai ayah bonda
Ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama

Jauh dari mata
Dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tak berubah

Lama ku tunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Air mata jatuh berlinangan


Semalam mak yien menangis tengok iklan PTPTN

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Sunday, August 21, 2011

UNTUNGNYA JADI ISTERI !

UNTUNGNYA JADI ISTERI ! KENA MENIKAH CEPAT NE ..

amik kat pakcik google

   1. Wanita yang manis selalu menjadi pujaan si lelaki.

   2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
       70 orang wali.

   3. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah
       dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad
   4. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami
       yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang
       Allah dengan penuh rahmat

   5. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke
       jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan
       masuk syurga 500 tahun lebih
       awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat.

  6. ….dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga,
       dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang
        dibuat daripada yakut

  7. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami,
       Allah akan mengizinkannya untuk memasuki  syurga
      dari mana-mana pintu yang dia suka

  8. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari

  9. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat
       dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah
       mengurniakan satu pahala haji

  10. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,
        dia akan dikira sebagai mati syahid

  11. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat
        pahala 12 tahun solat

  12. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat
        pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila
        disuruh akan mendapat pahala tola perak

  13. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya
         akan memasuki syurga

  14. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah
        di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita
         yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia
         ini dengan istiqamah

Semalam keluar pergi shopping dengan my BFF,
Lihat sekeliling pasangan pakwa makwe duk berkepit tubuh
Suami isteri jauh berbatu..

then ckp kat my BFF

yien : tengok tu u..orang couple duk berkepit sempit rapid..
         yang dah khawin , isteri belakang suami depan,jauh berbatu,

azri :  owh kalau macam tu, kita jalan jauh berbatu yerh,
          nanti dah khawin kita rapat,cepat,dan sempat.. =)
Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Saturday, August 20, 2011

Nak Kad Raya.. T_T


Nak Kad Raya...

Perkara yang akan yien hadapi Raya Tahun nie..
Sekarang umur dah 21,anak bongsu
dari 4 adik beradik "manja tak"he3x
Setiap Tahun raya pertama yien mesti berada di Melaka,
iaitu kg mak yien "sporting kan abah yien"

Yien cucu last perempuan kat KG melaka..
So conform lah tak meriah sebab takda nada
tangisan dan ketawa dari anak2 kecil

Tahun nie bertambah tak meriah sebab
Kedua-dua abang yien beraya kat KG sebelah wife dia..
Wah memang bertambah sunyi lagi lah..

Then saudara yien yang lain pun masing-masing balik
raya kat belah pihak lain "mean bukan kat melaka"
So memang kat KG nanti tinggal yien dengan Akak yien jer lah..

Bosan.......!!!!!!!!!!!!!! ok daa........... T_T

Jemput lah raya kat umah yien yerh kepada kawan-kawan blogger :)

No 36 JLN SURADA 13,
TAMAN DESA SURADA,
SEKSYEN 8,
43650 Bandar Baru Bangi



p/s : Dapat Kad raya mengubat kan hati yien yang kesedihan

       Mood : Senyum Lebar.. =)

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Thursday, August 18, 2011

Saat Doa Kita Terkabul

1. Ikhlas
Keikhlasan merupakan proses semua amalan dan ibadah, termasuk dalam berdoa.  Doa orang yang ikhlas, akan lebih didengar dan diperhatikan oleh Allah. Allah Subhanahu wa ta’alla berfirman,

ادْعُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya.” (QS. Ghafir : 14).


2. Tidak berdoa untuk sesuatu yang dosa dan memutus silaturahim


Dari Abu Said, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
ما مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ وَلاَ قَطِيعَةُ رَحِمٍ إِلاَّ أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلاَثٍ إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِى الآخِرَةِ وَإِمَّا أَنُْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا ». قَالُوا إِذاً نُكْثِرُ. قَالَ « اللَّهُ أَكْثَرُ »

3. Hendaklah makanan dan pakaian dari yang halal dan bagus

4. Tidak tergesa-gesa dalam menunggu terkabulnya doa


5. Hendaknya berdoa dengan hati yang khusyu’ dan yakin doanya pasti akan dikabulkan
    Allah Ta’ala berfirman,
ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً
Berdoalah kepada Rabb-mu dengan tadharru
(berendah diri) dan suara yang lembut
” (QS Al-A’raf : 55)

6. Memanfaatkan waktu yang utama untuk berdoa


Allah menciptakan waktu dengan kemuliaan yang berbeda-beda. Itulah sebabnya Allah bersumpah atas keberadaan jenis waktu yang berbeda. Ada waktu demi masa, demi waktu dhuha, demi malam, demi siang, . Adapun waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa di antaranya :

a.      Sepertiga malam terakhir

b.      Tatkala berbuka puasa bagi orang yang berpuasa

c.      Setiap selesai shalat fardhu

d.      Pada saat perang berkecamuk

e.      Sesaat pada hari jumat

f.       Pada waktu bangun tidur pada malam hari bagi orang
         yang sebelum tidur dalam keadaan suci dan berdzikir pada Allah


g.       Di antara adzan dan iqomah

h.      Pada waktu sujud dalam shalat

i.       Saat sedang turun hujan

j.       Saat ajal tiba

k.      Malam lailatul qadr

l.        Pada hari arafah

p/s :  janganlah bersedih bila doa kita belum terkabul.
         Yang pasti jangan menyerah untuk selalu berdoa.
          Yakinlah bahwa skenario Allah tak pernah salah.

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

LUAHAN SERIOUS !!!

"Belajar menghormati orang lain jika kalian ingin dihormati - 
Anda sopan Saya pun segan"

Hari ni kena marah dengan officemate
Punca yien tak tahu, Tapi sumpah terasa habis...
Tiba2 air mata mengalir dengan deras teringat kat Mak
Mak adik kena marah"dalam hati terdetik kesedihan"
pasti mak tengah menjadi silent reader blog yien sekarang..

Wei yien tak pernah kena marah larh dengan orang luar
Sob2 T_T "argh cengeng lak budak nie"
Dalam hati taknak Kerja lagi nak duk umah bagi kucing makan...
Konon perempuan tak payah belajar tinggi2 akhirnya ke dapur juga..
"sekarang tengok perempuan jer yang ramai kerja"
Motivasi diri yien sendiri..
  • Nabi galakkan umat nyer berniaga sendiri "kerja bawah orang mmg kena marah lah"
  • Usaha/Cekap dalam tugasan kerja, jangan mengharap kan tunjuk ajar orang
  • Kerja dengan ikhlas,jangan merungut.....
  • Mencari rezeki yang halal "jangan waktu kerja nak melencong"eh yang si yien duk on9 nie di kira melencong dari tugasan kerja yerh...tompang lalu jap ----->
 Kena Kritikan Dan Teguran Mengajar Kita Erti Kematangan
Kenapa tiba2 yien nak cerita hal peribadi yien !!
Sebab yien terbaca dari Facebook Angah yien dan kebetulan
hati yien memang tengah sedih.

ok nie first time entry luahan perasaan yien..
well dah kata diari kan..
yien tak salahkan officemate yien tue..
Muhasabah diri.. :)


Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Wednesday, August 17, 2011

PASSWORD..!!!

Setelah 21 tahun"tipu" yien menjalan kan
Soal selidik tentang couple monyet vs couple ikhlas
Tentang isu Password laman sosial..
Seperti FaceBook,Myspace,Twiter dan Blog

Agak-agak nyer antara lelaki dan perempuan..
Siapa yang lembut hati VS lurus bendul yang akan
memberi password pada pasangan couple !!??

Haish baru bercinta, belum ada ikatan khawin lagi..
Tak yah lah hak peribadi pun nak kasi..

Juara Jantina yang akan memberi Password
/
/
/
/
/
/
/
roy,meng,mat,bob,dan musuh ketad yien paat
Dan ada jawapan kenapa bukan kaum perempuan yang tak beri Password kat pasangan Couple mereka..

Jawapan nyer :
Msti lah lelaki yang akan mula ngorat dulu , bukan perempuan yang akan mengorat dulu, so thats y kalau pompuan bukak msg dari Fb lelaki, takda msg yang mengatal akan sampai dulu, cuba kalau lelaki yang bukak msg perempuan offcouse lah ada jer msg dari lelaki masuk nak ngorat...

Tapi : Bab account bank, mesti pompuan yang bagi password kan

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Tuesday, August 16, 2011

Bulan ramadhan sekali dalam setahun..mana tahu ini ramdhan terakhir kita.. :)



Ajar lah anak takut pada Allah dan Bukan takut pada Hantu
setelah membaca dari blong IEB dan Abang ku sendiri Zabid9897

Manusia sekarang sering lalai dengan pengaruhhan dari ajaran yang turun kemurun "nenek moyang kita"
Yang di ajar dari kecil takut nyer pada hantu..!!!

Apa kata kita didik anak kita seperti ini :

contoh dialong spontan dari anak-anak kecil yang comel

sejuk mak mengandung..
kecik2 lagi dah pandai berfikir... hahaha


p/s : Renung-renung kan dan selamat beramal :)

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Monday, August 15, 2011

Tips Nak Khawin Awal

Sebenarnya ada baik-buruknya. Apa yang pasti, kebaikkannya ialah tidak lain dan tidak bukan, ia boleh mengelak daripada berlaku fitnah serta dapat menjaga kehormatan diri anda dan pasangan. Ya lah kan, ketika bercinta di usia muda-muda ni, ‘darah muda’ memang sedang bergelojak membuak-buak. Betul tak?


  • TIPS 1: Si suami perlulah mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap. Ini merupakan perkara paling utama. Sekurang-kurangnya si suami harus lah mampu menanggung majoriti keseluruhan kos sara hidup anda berdua. Kalau anda berkerja sendiri tidak makan gaji pun, pastikan pendapatan hasil daripada perniagaan anda adalah stabil untuk beberapa bulan.
  • TIPS 2: Mempunyai wang simpanan yang cukup sebelum melangsungkan perkahwinan. Mengikut nasihat pakar kewangan, anda haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 3 bulan simpanan wang perbelanjaan harian anda di mana-mana akaun simpanan.
  • TIPS 3: Mind-setting yang telah bersedia 100% untuk memikul bebanan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri. Seterusnya sebagai ibubapa kepada anak yang bakal dilahirkan.
  • TIPS 4: Berfikiran matang dalam membuat keputusan serta  ketika menyelesaikan apa juga masalah yang akan melanda di dalam rumahtangga anda. Sentiasa berfikiran jauh sebelum membuat sesuatu keputusan.
  • TIPS 5: Telah mendapat restu ibubapa. Perkara ini tidak kurang pentingnya juga kerana anda haruslah mampu meyakinkan mereka kerana anda ingin berkahwin di usia muda berbanding rakan-rakan seusia anda yang sibuk menumpukan pada kerjaya atau menimba ilmu.
  • TIPS 6: Boleh bertolak ansur sesama pasangan anda dan tidak hanya mementingkan diri anda seorang sahaja. Jangan mudah melenting jika berlaku sesuatu konflik dalam rumahtangga anda.
  • TIPS 7: Sentiasa bersangka baik terhadap pasangan anda setelah berkahwin nanti. Anda dan pasangan anda masih muda ketika berkahwin. Jadi ada risiko untuk berlaku cemburu buta akibat pasangan anda mungkin diminati oleh orang lain. Iyelah, masing-masing masih cantik dan hensem-hensem kan.

Hasil dari Kursus perkhawinan

p/s : Doa kan yien khawin awal yerh..,eh doa kan yien khawin tahun
depan dengan org yg beriman yerh

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Sunday, August 14, 2011

Happy bithday to my blogger's Foster sister

Mengenali aweks nie dari blog
Menjadi rapat melalui kenalan dari FB,

Gua sayang sama lu akak "ayat sempoi sat"
sebelum nie pun yien selalu juga buat entry pasal
foster sister yien nie,..
dah banyak kali memuji dengan iklas
sampai tak terkata2 lagi.

Sebab my foster sister nie..
memang TERBAIKkkkk... =)


Dia ada bagi yien hadiahKad birthday dekat entry dia kat Sini
Happy Birthday untuk insan paling COMEL :)




01/08/1990 TERIMA KASIH AKK KACAK :)


Maaf akak yien tak kreatif mcm akak untuk
mencipta kad Birtday kpd akak,
sedih sangat,...

Tapi yien sangat ikhlas nak ucapkan
selamat hari jadi akk yang cantik..
Yien sayang akak ketad2 ..muaxzzzz
14/08/1988

Kalau yien mencipta kad,doodle,cartoon
secantik mana sekali pun,

Tetap tak dapat mengalah kan
wajah secantik akak.. =))

Nak ke blog beliau yang di panggil
sebagai akak cantik aka IEKA Kacak
Klik SINI

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Thursday, August 11, 2011

Tragedi Accident Bertukar Menjadi Cinta

Doa-doa lah yerh supaya tiada accident berlaku pada pasangan kita
Punca kalau Terbelaku nyer accident ni pada pasangan kita
dengan wanita Ayu,Tak kira
Tomboy,Gedik & Lemah Lembut..

Dengan perempuan Tomboy :

Woi..buta ker... Suka-suka jer nak langgar orang,
aku tumbuk ko karang....
Si pasangan kita pun berdendam, dan mencari dia utk kali ke-dua..
Konon nak balas dendam... then bila nmpak air mata wanita
TERUS CAIR..
mula lah percintaan SMS.!!!!


Dengan Perempuan gedik :


Aduh sakit lah awak... Habis kotor baju saya..
"Sambil melentik2 kan badan kerengga dia"
Awak tolong lah angkat kan saya, kaki saya sakit..
Bermula lah aksi pelok memelok.,,konon menolong
"sambil menyelam minum air"
mula lah percintaan SMS.!!!

Dengan Perempuan yang Lembut :
Eh, sakit nyer...Takpa lah maybe awak tak sengaja..
Saya minta maaf,salah saya juga tak pandang depan...
"sambil mengeluarkan senyuman di hiasi Lesung pipit"
mula lah percintaan SMS .!!!!


Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika
kamu masih mau mencoba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.
Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi,
jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Wordless Wednesday VS Spontaneous Thursday (Mudah Jadi Famous)

WORDLESS WEDNESDAY
HARI INI BAU SAYA MENJADI FAMOUS SETELAH
MEMAKAI WORDLESS WEDNESDAY (di atas)
SEMUA ORANG AKAN MENEGUR "SIAPA SAKIT !?

SPONTANEOUS THURSDAY 

"SAYA SAKIT PEROT SANGAT-SANGAT"




Kenapa yien malas nak update entry sejak akhir2 nie..
dah takda mood dengan blog kot "lupa daratan" huhu
perubahan musim,maybe yien nak raya dah kot
Ops...nak ABC..haha =))



Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Wednesday, August 10, 2011

(WW) Sampai ku Menutup Mata

Siapa pun kita di Muka Bumi Ini,
Kita tetap sama ,
Tak kira Pangkat,Darjat dan Kekayaan,

Tempat Bersujud kita tetap sama


Tempat Ku Bersujud
 

Redha ketentuannya..
Ya Allah redhoi ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu ya Allah

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Monday, August 8, 2011

Berus Periuk Menjadi Bunga Api (Sangat Jimat)

Jimat ku bertempat walaupun dapat Bonus dari Kerajaan

Aktivit Hari Raya bg Umat Islam....
Mestilah bertambah meriah jika ada
MERCUN DAN BUNGA API kan..kan..kan

Adik2,akak,abang, Ingat tak kata nenek kita!!
Bila Kita Bakar mercun.. "Cucu jangan Bakar Duit"

So untuk berjimat dan terselamat , juga memeriah kan keadaan
Main lah bunga api kelawar Modal hanya 00.50 sen sahaja..

Bahan-Bahan untuk Bunga Api Klawar

   1) Berus Periuk 50 sen
 

2) Benang "Amik kat almari mak"


 3) Lilin "Amik kat Laci dapur"

Cara-cara bermain dengan bunga api ini :

1) Ikat kan berus periuk dekat tali benang

2) Bakar kan sikit hujung berus tu mengunakan lilin

3) Panjang kan tangan anda, dan pusingkan tangan anda 360 darjah

Lihat hasil nya, sangat cantik dan menarik

SELAMAT MENCUBA


Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Sunday, August 7, 2011

"Blogger Lelaki yang Henserm" Punca Kantoi

Cepat cari jodoh dekat blog yien
siapa lelaki2 blogger yang henserm nie??
adakah mereka sudah berpunya??

Sapa yang masih single and available
elok2 lah singgah blog yang minat main mata dengan lelaki ni.hahaha

Diri ku di persalah kan gara-gara pakcik Google "rajin pula aku colour kan"
Apa pula salah yien kali nie,tak cukup baik lagi ker yien yg pamalu nie
"tangan di dada mata keatas" NO gataL-gatal yerH,

Dialong kantoi dari kawan yien yg baru belajar dlm dunia blog.

Timah : yien rapat ker dengan pakcik Google , selalu ker
              sms dengan dia ??

Yien : Bukan  yien yang rapat ngn Pakcik Google ,
         
pakcik
Google yang sebuk nak rapat ngn yien...

Timah : hahaha.. sangat merepek lah yien nie, yien aku nak
              cari follower,aku search lah pakcik Google , tetapi
              yang keluar semua blog kau jerk,
              bila aku tengok blog ko,takda pula senarai tue..
Yien : Hah!senarai apa yang ko cari, ??

Timah : Aku serach Blogger Lelaki yang Henserm, aku nak lah
              follow blog dorang.. "nada yang slumber"

Yien : Gatal nyer kawan aku nie... yang ko sebuk memilih
           follower kenapa.??
           nk follow lelaki henserm jerk,mujur ko pun cantik
          "tangan di dada mata keatas"


Tergelak besar juga dengan kawan yien sorang nie..
hah, kan dah kantoi gatal mengoyan lak kawan yien sorang nie..

Kepada kawan ku yang bernama eherm2,
jangan marah yerh bila baca entry nie..

I love u friend..muaxzz.. sangat menggeletek perot yien
yang bergendang laju nie..hahaha (^_^)

yien suka pakcik Google  (^_^)

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Benci Ujang 9897 yang Sangat berlagak !!!


Kepada anon-anon
ku seru dirimu join my club "Anti Blog Ujang"hahaha

Perkara pertama yang menyebab kan yien benci,
dia nyer nombor 9897 tu sama dengan yien
Sampai Abg ben pun terpengaruh dengan nombor tue

siapa kata ujang baik, meh cni jumpa yien,,
yien nak sekolah kan korang "dia jahat lah" hehehe

Sebab2 yang mengatakan dia jahat..


yien : angah tengok follower yien dah 1000 lah "sambil senyum lebar"

ujang : erk...Baper bulan ko wat blog,??

yien : Dari 4/4/2011 sampai hari nie lah, "terjah entry first yien di           
         Punca..Ak Ad Blog.... 4/4/2011 (SINI)
"

ujang: wakakakakakahahahha. "gelak sambil terkentud"
             ko dah 4 bulan buat blog baru 1000!!!
             sikit gila, kalau angah tiga bulan dah 2000 +++...."sngt berlagak"

yien : ish angah nie, mak abah tak ajar pun anak2 dia
          idup berlagak macam tu."bajet baik"

backup seorang akk ipar yang sporting

kak yana :
hah! padam muka u,apalah berlagak sangat u nie,

yien : haah, kak yana, angah nie berlagak gila...mengelabah...

kak yana : bgtw orang blog yang dia nie berlagak"lampu ijau dari akk ipar"

menyampuk si ujang

ujang : alar yien kalau buat entry tu ada ker orang baca??

yien : yerlah angah.. angah jer lah hebat....... @#$#$$%^^&%

Hah tengok berlagak tak jawapan dari ujang!!,

AWAS:
Ini hanya lah Gurau dari seorang abang yang memberi
semangat adik nyer berblog.. hahahahaha
"tapi semua dialong itu kisah benar taw... =))

Apa-apa pun thankz kepada semua yang sudi follow yien
terutama pada follower yien yang ke-1000

Thankz zul fattahKata2 dari zul :
Sebenarnya, aku buat blog ini, saja2 jew.. untuk suka2..
setelah kawan aku yg banyak mengajar aku.... "sambungan ayat nyer sila terjah pada blog dia"
Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Saturday, August 6, 2011

Akibat Tido Time Senja Kawan Menjadi Mangsa..

Sebelum menanti waktu berbuka,
saat jarum panjang jam di dinding menjukkan tepat pada angka 5
Keadaan perot yang makin lama,makin bergendang..

Mata sudah kuyu hampir tertutup rapat,
mengelakkan tido time Asar..
aPa lagi aktiviti meng on9 semakin lancar..
Tetapi nafsu mengantuk sangat kuat dan akhir nya
yien giveup dan terus melelap kan mata..

Sebelum tidur..
last status yang di baca oleh yien pada FB kawan


berlaku sebelum tidur

 Dalam mimpi berbunyi begini.

Mira jangan tinggal kan yien mira...
Yien sayang kan mira.. Mira sahaja yang memahami yien..
Mira yien taknak hilang tampat mengadu...
MIRAA................ "sambil tersedar dari lamunan tidur di senja kala"


Lokasi di rumah mira yang ramai orang sedang membaca yasin
sangat terkejut....... tiba2 ada air mata ckit di pipi... =_=

mira & yien

sapa tak sayang kawan meh..
yien sayang semua kawan2 yang baik dengan yien
rasa nak jumpa kawan2 setiap hari =))

kenalan kat blog pun baik2 taw..muaxzzz =)
Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Thursday, August 4, 2011

Timbang menjadi teman pada Bulan Ramadhan

Abaikan wajah sigedik kat tepi2 jam tu =)

Terpengaruh dengan kawan2 office sampai terbawak2 kerumah,
tapi kat rumah family tak terpengaruh dengan yien pun
sedih bangat..huhuhu"godaan tak di layan"
So kepada wanita yang cantik,manis serta ayu
korang pun kena tergoda dengan aktiviti yang yien anjurkan

Pertama aktiviti ini akan dilakukan selepas sahur "tak wajib"
Borat lak ai 60KG...
Usaha tangga kejayaan :)
berusha dan terus berusah sampai ke jinjing pelamin "joke"
sibuk kan diri dalam pekerjaan "seperti On9" hahaha

Jam 2.30 p.m "saat perot dah bergendang"
sambung aktiviti seterusnya menimbang lagi
Berat dah turun 5 Kg =)
-55 KG-

Macam mana lagi nk kurang kan
berat badan tampa merasa penat tetapi
lebih pada enjoy

Hah!ofcouse lah erk2 , kalau erk2 boleh turun kan
berat badan ker !!??
jom ramai2 pergi erk2.. menimbang lagi

Hasil nyer
?
?
?
Turun 3 KG
-52 KG-
Wah turun juga berat badan..
boleh lah erk2 setiap jam... hehehe

Apa lagi yang di lakukan...sudah balik kerja
kat rumah Tengok TV
Pasang aircond 16* "sangat kuat"
Baring terlentang atas sofa
"tampa menolang mak masak"(tipu)

Jam 6.30 p.m "saat perot dah menyanyi dan bergendang"
sambung aktiviti seterusnya menimbang lagi
Wah dah turun 4 KG
-48 KG-
Jom ramai menimbang.. hehehehe
Abaikan aktiviti kemalasan yien

MOTIF : Timbang menjadi teman di kala bulan ramadhan "joke"
AWAS:  Berat yang di senarai kan bukan lah berat yien yang sebenar
               "rekaan semata2"!!


Jangan makan sampai terlalu kenyang,
Jangan tinggal solat,
Jangan membazir membeli di bazar ramadhan

Pergi tarawih yerh.. :)

Entry yang banyak picuter
Sebab Internet Tak berat, seberat yien =)

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Wednesday, August 3, 2011

Dah di Tumbuk Masih Tak Sedar Diri

Kesilapan besar lah kan,
bak kata kwan2 serumah "ko cari nahas kenapa"

Terus deras air mata yien ,"tampa ada perasaan sedih pun"
setiap kali berlaku perkara yang sama,
mesti orang akan cakap mcm nie
"ko juga yang cari nahas,aku dah ingat kan dari awal"
asyik ayat sama jerk.. hmmm..

Tapi bila berlaku kat rumah sendiri,depan muka mak sendiri,
mak kesayangan yien akan bercakap"alar kecian nyer anak mak ni"
sambil mengambil kain dan lap kan pada mata yien yang berair.
Sesungguh nya ibu itu sangat prihatin apa yang berlaku pada anak dia.
eceh2 ayat terharu sebenarnya.....

So lepas nie kena tulis nota tampal kat peti ais,
dinding2 dapur, dekat meja makan....


AWAS : Jangan Kesat mata selepas menumbuk bawang dan cili
hahaha..sengal-sengal ubi tak apa yang berlaku kat yien..



Selalu melakukan perkara yang sama berulang kali,
Dah Di Tumbuk bawang masih tak sedar diri,
nak kesat mata tue............pedihhhhhh..

tengah tahan kepedihan mata sambil mengadu kat Blog
Minat Main Mata yien.. terkelip2-kelip mata update entry nie (^_~)

Pesanan :

Banyak pahala kita akan dapat,
apabila menyediakan juadah berbuka puasa
untuk orang yang berpuasa..
Rajin-rajin lah ke-dapur yerh =)
Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Tuesday, August 2, 2011

Wordless Wednesday #030811 (Hijab)

pakcik google yang suh yien iklan kan =))

agak2 kalau lelaki kena berubah macm mana pula,
asyik perempuan jer yang dipersalah kan

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Baru Faham dan Sedar

gambar sekadar hiasan sumber dari Aaron Putra Fans'Club

Semua angkara hasutan, thats y pepatah kata,
nilai sikap seseorang tue,tengok dari sapa kawan2 mereka

Nak bagitau yien pun manusia biasa
yang pernah termakan hati Sikit jer taw
apabila di hasut dan di salah anggap dari
orang lain tentang si blogger ni..

Then mujur yien ada sifu blogger tersendiri @ pakar motivasi yien
setiap inci2 entry yien if tersilap di tegur dan di caci "tipu"..
oleh abang sendiri lah si ujang artis kegemaran Aaron aziz tu..

Pesan Angah @Ujang
Apa yang abang ben buat / tegur kita blogger baru ni
Abg ben menegur kepada sesiapa
blogger yang ingin berjaya dlm blog
bukan blogger personal..
yang personal jangan terasa, abg ben lah sifu yang
banyak membantu memberi idea kat kita
Dia tak kedekut ilmu pun.., TQ abang ben :)

Angah cakap bila dah lepak dengan abg ben,
Baru kita kenal sangat2 siapa sebenar nya abg ben,
Dah lepak, baru lah leh nilai,
Apa lah korang nie... haish..hehehe

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Yien Sudah Menjadi Doktor !!??

Tajuk entry yang sangat poyo,
motif supaya 44 orang yang akan
mendoakan yien jadi doktor "joke" =))

Congratulations,im very happy to have a cousin being a doctor

Kebosanan melanda diri ku, mengantuk bercampur
L _p _ r "tak baikk sebut"
Kesungguhan ku memantau picuture2 orang yang terapat di FB,

Menarik perhatian mata ku yang kuyu pada FB cousin ku..
Godek satu per satu album2 dia kat FB,
Jatuh hati dengan satu album yang membuatkan
air mata yien mengalir
kerana terlalu gembira dan menompang bahagia..

  DR.MARINA ZAINAL
                                                         
Sikap cousin ku yang  humble,
tidak sombong, peramah, baik hati,
Sangat kagum dengan kerjayaan yang diperoleh sekarang,

Kisah specialnyer cousin yien ni, di antara adik beradik
dia paling sukar untuk menangkap dalam pelajaran
i mean she not genious person berbanding adik beradik dia yang lain yang sangat pintar,
mudah faham dan cepat tangkap pelajaran di dalam kelas

Dia berjaya melalui usaha gigih dia, yang tak pernah give up
even dia susah nak pickup ilmu yang di beri guru,
then dia berusaha beljar sendiri di rumah,
time dia belajar, dia tak suka duduk kat bilik dia akan
duduk kat kerusi kecil, untuk mengelakkan dia tertido


Hasil pengorbanan dan usaha gigih dia
Perasan tak air mata Makteh yien??
                                                  
Mama mana tak terharu dengan kejayaan anak dia
Wah.. jadi doktor tue, dulu report card yien
cita-cita konon2 nak jadi doktoe
"tapi usaha nak jadi doktor tu,,harem takda"
Tahniah kepada makteh juga,kerana berjaya mendidik anak2 makteh
muaxxzzzzzzz.....

Btw lagi seorang cousin yien yang bakal menjadi doktor
adik kepada Dr.Marina
wah adik beradik doktor =) sejuk perot mak mengandung

Bakal Doktor
Good Luck Aboy =)

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien