Monday, March 31, 2014

Orang Paling Romantik ialah Baginda S.A.W

Jom mulakan dengan pegang tangan pasangan kita. 

  • Berpegangan tangan menyebabkan dosa berguguran...
  • Indahnya pegang tangan pasangan kita yang halal dipegang.
  •  Sebelum pergi atau balik kerja kita pegang tangan pasangan kita.......
  • Rahmat keatas mereka yang buat perkara yang halal..
  • Tengah duduk-duduk pegang tangan mereka.....

Lihat mata mereka dengan perasaan kasih sayang. 

  • Terima kasih kerana sudi menjadi pasangan saya..
  • Melihat mereka dengan perasaan syukur pada Allah...
  • Lihat bila mereka mula berkata-kata..Beri perhatian sepenuhnya..
  • Lihat dan cari kecantikannya dan kebaikannya...
  • Bila Syukur Allah akan tambahkan nikmat..

Bila mereka mula bercakap

  • Beri perhatian sepenuhnya dan jangan potong mereka bercakap...
  • Cuba memahami perasaan mereka...

Lidah kita sentiasa memanggil mereka dengan panggilan yang mereka paling suka.
.

  • Sayang abang yang cantik, menawan, manis, baik hati, solehah, lemah lembut,
  • terima kasih kerana sudi jadi isteri saya..
  • Saya sangat sayang awak kerana Allah...

Dukung sekali sekala seperti Nabi saw dukung Aisyah..
.
kenakan pipi dengan penuh sayang dan manja...

Mandi sekali dan bergurau ketika mandi bersama.
Nabi saw pernah lakukan..

Bukakan pintu dan pegang tangan isteri ketika naik dan 
turun kereta atau semasa ke pasar....

Makan berjemaah dan sekali sekala suapkan satu sama lain..
Minum di tempat yang sama...

Selalu kata salah saya.....minta maaf dan memaafkan..
Tidak hina kerana mengaku salah...

Tahajud bersama-sama. Menangis kerana Allah bersama-sama...
Belajar ilmu bersama-sama....Berdakwah bersama-sama....
Hidupkan rumah dengan Al-Quran dan hadis Nabi saw...

Seorang masak, seorang sibuk tolong basuh pinggan...
Makan dengan menikmati makanan menggembirakan yang masak...

Seorang basuh baju, seorang tolong angkat baju...

Seorang siram bunga, seorang betulkan pasu dan sekali sekala betulkan isteri...

Seorang marah, seorang diam dan minta maaf...
Seorang menangis, seorang sediakan bahu untuk tempat menangis...

Bila sempit dan masalah besar dalam hidup katakan, 
jangan risau sayang, kita ada Allah...
Sebesar mana pun masalah kita..
Allah tidak pernah meninggalkan kita..
Dari sebelum sehingga ia terjadi dan selamanya 
dia tidak pernah meninggalkan kita..Cuma kita perlu kembali pada Allah..
Hanya Allah yang berkuasa..Selain daripadanya tidak boleh beri kebaikan...

Rumahtangga paling bahagia ialah rumah tangga Nabi saw...
Tidak pernah akan kecewa sebuah keluarga yang bawa sunnah Nabi saw..
Tiada yang boleh bagi bahagia selain dari Allah..
Allah janjikan kebahagiaan yang hakiki hanya dalam agama..

Maksud perkahwinan yang sebenarnya ialah 
membawa kita semua semakin mencintai Allah selamanya..
Bawa seluruh keluarga kembali pada Allah..
Hanya Allah yang tahu betapa nikmatnya bila sebuah keluarga
 bersama-sama menghidupkan Islam....

Tiada wang ringgit atau sebanyak mana pun 
tidak dapat ganti kebahagiaan keluarga ini...
Bahagia tanpa syarat...Tiada siapa boleh hancurkan bahagia ini...
Kerana ini bahagia yang sebenarnya..
Allah hadiahkan kepada mereka yang benar-benar membawa kehidupan Nabi saw...

copy: Ustad Ebit Lew


Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Sunday, March 23, 2014

SEBABKAN HARGA KERETA .....(BR1M) 2014 YIEN TIDAK DI LULUSKAN !!!!???







Tuan / Puan,

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) 2014


Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.Dimaklumkan bahawa permohonan tuan / puan ( Nama : NUR ILLIYIN BINTI ROSLAN,
bertarikh 24/12/2013 tidak diluluskan atas kod alasan berikut: 08

3.Sebarang pertanyaan atau rayuan, sila hubungi talian bebas tol:

.Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1-800-88-2716 (BR1M); atau

.Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia yang berdekatan.


Sekian, terima kasih.

''BERKHIDMAT UNTUK NEGARA''

08

Kod alasan adalah seperti penerangan di atas.






Yerlah kereta mahal..tapi gaji tak mahalllllllllllllllllll.... T_T
Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Thursday, March 20, 2014

Selawat Perdana Putrajaya

Assalamualaikum
Salam Jumaat Semua...

Alhamdulilah Hari ini 21-03-2014 persamaan 
dengan 19 J'Awal 1435 H 
Akan berlansungnya Selawat Perdana yang bertempat di Putrajaya


Subhanallah Perasaan yien sekarang menantikan detik berapa jam lagi 
menunggunya Malam Cinta Allah & Rasul 1435 H di putrajaya


Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan di berkati Allah S.W.T

MATLAMAT SeUMMAH

Matlamat utama SeUmmah antaranya adalah:

1. Menghimpunkan, menyatupadukan dan mengeratkan siratulrahim sesama masyarakat Islam dengan satu hasrat untuk membangunkan SeUmmah melalui mempersaudaraan ummah tanpa sempadan;

2. Memperkuatkan ukhuwah di kalangan masyarakat Islam dengan mengalakkan penyertaan dan sumbangan dalam pelbagai bentuk maklumat untuk dikongsi bersama;

3. Memertabatkan ekonomi Ummah berdasarkan kepada kegiatan sosio-ekonomi sesuatu masyarakat atas semangat perkongsian kepentingan bersama;

4. Meningkatkan taraf dan menjamin kesinambungan kejayaan ekonomi masyarakat Islam dan perantaraan ekonomi setempat dan global secara jangka panjang;

5. Memperkasakan ummah sejagat apabila kita mencapai kesedaran dan berjaya memantapkan ukhwah sesama umat Islam.





Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Monday, March 17, 2014

Wednesday, March 12, 2014

OFFICE KOSONG...

Wau..wauu..wauuu..and Waaaaaaaauuuuuuuuuuuu...

Wauuu hari nie aku update blog tu..hehehe
Sebab musabah nye lihat pada photo di bawah nie...

opis kosong.... semua cuti honeymoon.. (^_^)

Hah di kesempatan ini lah yang membuat kan saya rajin update blog nie..
Mujur teringat dekat blog usang nie..secara automatik dye lah peneman di kala ku kesunyian..

Staf yang cuti :

Noraini : Cuti anak nak khawin ahad nie
Azimah : Cuti pergi Pulau Tioman
Noremazyan : Cuti pergi Langkawi
Khairul : Cuti pergi Terengganu
Prof : Ada Kelas
Sham : ?????

Untung lah boleh bercuti.. biasa lah nasib si bujnag harus lah jaga office.. ="(
So hari ni sy dating lah dengan blog usang nie....

Dah tak pandai nak merepek meraban dalam Blog nie..
Banyak entry2 yg penting nak post tapi di draft kan akibat terlalu banyak ayat yang tergantung he3x...

So nak bagitahu berkaitan CUTI nie..

01 / 05 / 2014
Adalah Labour day (Hari cuti Sedunia)
Cuti lah korang puas2...... but save this date -- >01 / 05 / 2014 

Jemput lah datang ke umah saya nnti.. hehehehehe

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Monday, March 10, 2014

15 Sebab Perlu Khawin Muda




Kahwin awal ataupun kahwin muda merujuk kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada usia 18-24. Untuk memudahkan lagi, pasangan yang mendirikan rumahtangga ketika mereka masih lagi belajar. Kahwin awal ini kembali menjadi perbualan di mulut para remaja mahupun ibubapa.
Dahulunya method ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?
Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya :

1. Sudah ada yang berkenan di hati.


Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?

2.Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan

Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?

3.Mencari ketenangan

Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam quran pun ada sebut.

“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang.” (Surah Ar-Rum; Ayat: 21)
Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.
4.Teman dalam pelajaran

Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)

5.Teman dalam kehidupan

Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan seseorang berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.

6.Teman dalam perjuangan

Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan negara!

7.Hilang fokus
Mama dan abah yang amat saya cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50 peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu kembali!

8.Remaja lebih produktif

Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini “Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.”. Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk melakukan perkara-perkara “enjoy” sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh “enjoy” itu. Apa saya dapat? T_T

9.Menjadi lebih bertanggungjwab

Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.

10.Menjadi anak yang soleh

Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh.

11 Fikiran lebih matang

Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook, dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.

12 Membaiki diri

Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.

13 Plan jangka panjang

Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan

14 Seks yang lebih berkualiti

Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.

15 Rezeki bertambahAntara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kekurangan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.
win adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien