Tuesday, September 3, 2013

Merancang Majlis Perkahwinan


Untuk memudahkan bakal pengantin membuat persiapan majlis perkahwinan mereka, perlulah ada perancangan yang teliti &rapi agar majlis dapat berlangsung dengan lancar.


12 BULAN SEBELUM
  • Berbincang dengan tunang serta keluarga kedua-dua pihak berkenaan tarikh &waktu bernikah
  • Mengatur bajet yang diperlukan samada rendah, sederhana atau mewah
  • Meneliti lokasi majlis samada akan dilakukan di hotel, dewan atau rumah
  • Merancang jamuan yang perlu dihidangkan kepada tetamu samada berhidang atau buffet

11 BULAN SEBELUM
  • Menetapkan tarikh nikah, kahwin & bertandang seperti dipersetujui oleh kedua-dua pihak
  • Mengikuti kursus kahwin bersama pasangan
  • Mengintai-intai pakaian perkahwinan
  • Membeli barangan hantaran seperti kasut, beg tangan, minyak wangi, baju dll.

10 BULAN SEBELUM
  • Memilih pengapit dari kalangan rakan atau saudara-mara
  • Merancang warna tema untuk keseluruhan majlis
  • Mencari beberapa lokasi & tarikh majlis perkahwinan anda yang sesuai dengan bajet

9 BULAN SEBELUM
  • Mengumpul nama-nama tetamu
  • Pilih katering atau masak sendiri. Perkara ini perlu dilakukan lebih awal untuk mengelakkan kesulitan di masa akan datang
  • Pilih jurufoto dan juruvideo

8 BULAN SEBELUM
  • Menempah lokasi dan tarikh majlis (khusus untuk dewan atau hotel)
  • Menetapkan jumlah tetamu yang akan hadir
  • Menyelesaikan segala temujanji dengan doktor

7 BULAN SEBELUM
  • Menentukan pakaian perkahwinan dan aksesori
  • Menentukan pakaian untuk semua pengiring pengantin
  • Memilih jurusolek

6 BULAN SEBELUM
  • Mula menempah kad perkahwinan
  • Menghubungi kadi dan Pejabat Agama Islam
  • Menjalani ujian darah/HIV jika diperlukan

5 BULAN SEBELUM
  • Menyelesaikan semua urusan persandingan (bayar deposit, fitting pakaian)
  • Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan (undangan, kek pengantin, bunga pegang, penghias majlis)
  • Menempah cenderahari untuk tetamu atau buat sendiri.

4 BULAN SEBELUM
  • Pilih cincin perkahwinan
  • Menyiapkan gubahan hantaran (samada membuat sendiri atau menempah)

3 BULAN SEBELUM
  • Memastikan kelengkapan PA sistem lengkap seperti DJ, iringan lagu, kompang dan sebagainya
  • Mengaturkan penginapan bagi saudara & rakan terdekat yang datang dari jauh

2 BULAN SEBELUM
  • Menulis dan Mengutuskan kad perkahwinan kepada tetamu
  • Bersama bakal pasangan menyedang pakaian supaya nampak anggun di hari bersejarah
  • Hadir ke sesi cubaan menu (jika anda mengadakan majlis di hotel atau dewan)

SEBULAN SEBELUM
  • Melakukan perawatan sebelum berkahwin (mandi bunga, susu, sauna & sebagainya)
  • Pastikan cincin dalam ukuran yang betul
  • Pastikan segala tempahan pelamin, jurusolek, tiket kapal terbang, bilik dan perkahwinan berjalan dengan lancar
  • Pastikan aksesori yang anda ingin kenakan pada hari tersebut sudah tersedia seperti barang kemas, layah , tiara dan kasut
  • Pilih lagu iringan atau deejay yang akan menyerikan majlis anda. Pilih orang yang dipercayai untuk menjaga muzik

 3 MINGGU SEBELUM
  •  Bertemu dengan segala urusetia yang anda bentuk agar segala perancangan berjalan dengan lancar
  • Ambil pakaian dan perhiasan yang ditempah untuk majlis
  • Berada di lokasi lebih awal untuk mendapatkan mood majlis

SEMINGGU SEBELUM
  • Meneliti perancangan yang telah dilakukan dan maklumkan urusetia jika terdapat sebarang perubahan
  • Menyelesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti
  • Hindari konflik, tenangkan diri

DI HARI PERKAHWINAN
  • Pastikan anda mengisi perut terlebih dahulu agar tidak kelaparan.
  • Mandi sebersihnya agar kelihatan segar sepanjang hari
  • Berdandan cantik, senyum dan berdoalah agar segala perancangan anda berjalan dengan sebaik mungkin.

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

2 comments:

hana mz said...

tips baik punyer...dah ade bunga2 dh ni :p

ejulz said...

baik perancangan ni.. :) tahniah yien.. :)