Thursday, December 27, 2012

Sahabat (:


I love u Siti Fayyadhah..


Persahabatan Kerana Allah adalah 
Persahabatan yang melahirkan sifat yang terpuji 
kerana
konsepnya adalah mendahulukan
kepentingan orang lain daripada kepentingan diri sendiri..

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Thursday, December 13, 2012

Salam 1/2/34 Hijrah untuk semua warga Blogger

Assalamualaikum

Alhamdulilah tarikh yang cantik jatuh pada hari yang baik (Jumaat)..
Perkara yang penting yang perlu ada pada kita ialah kesihatan

Sesiapa yang tidak menjaga kesihatan,dia adalah
orang yang pentingkan diri dan tidak pernah bersyukur ..

Tubuh badan kita adalah satu amanah besar dari Allah..
Allah meminjam kan kita dengan baik,kita harus memulangkanya dengan baik.
(Prof .Dr Muhaya)

Kemudian tetap kan diri dengan Iman..


Sihat tubuh badan..
Bersyukur memudah kan kita untuk beribadat kepadanya..

Insyallah..


Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Tuesday, November 13, 2012

Istanbul Aku Datang

Istanbul Aku Datang



Cerita yang sangat menarik dan kemas jalan ceritanya,
Barisan pelakon hebat seperti Lisa Surihani, Beto kusyairy dan tomok
mengisahkan konflik dalam alam percintaan..

OMG..OMG..OMG...
Lakonan Beto sangat tersentuh.. membuat kan air mata degil yien mengalir...-_-

Seriously cerita nie mengajar  kita erti percintaan yang sebenar..
Pengajaran bagi diri yien sendiri "Tak nak terlalu menaruh harapan pada cinta manusia nie"puii


3 lakonan yang berlainan watak..
Lisa memegang watak keanak-anakan,tomok memegang watak skema "baik lah sangat!!"
dan lakonan terbaik beto memegang watak yang serious.. (^_^)


Pandangan yien dari trailer istambul aku datang nie..cerita nyer 100%ceria, 
but yien tertipu dengan trailer nyer..perasaan dalam cita nie sebenar nya bercampur aduk..
Arghhhhh first time yien tgk cerita teresak2.filling lebih lah...hehe "mujur tonton dengan kawan"



Sapa tengok cerita ni,tapi tak dapat sentuh hati korang..
Mai jumpa yien..yien bayar balik duit tiket korang..."eceh poyo lebih"hehhe

Rating 5/5+++

Yes... saya dapat Beto (^_^)

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Tuesday, November 6, 2012

Selamat Hari Kelahiran Angah (7 eleven)

Ujang / Mak kesayangan / yien (me)

Selamat Hari Kelahiran Abang ku yang kedua Mohd Azfar Roslan aka Ujang 
Merupakan seorang yang sangat manja dalam family "padahal anak ke-2" tampa ang..

Sudah berpunya,dan punyai sikap yang  "bajet bujang" he3x
mempunyai anak yang sangat comel Aimy Zafirahdan bini yang manis Yana MiB "bodek minta belanja"
tagline yang sering di gunakan "kuat kentut" OK malas nak membebel...


(Semoga angah panjang umur,murah rezeki,kekal bahagia )

Yang penting petang nie open table yerh angah ku cyg... (^_^) wajib ada air 7 eleven (:



Today : 07/11/2012

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Wednesday, October 24, 2012

BUDAK PAILANG




Semalam 24/10/2012 yien dijemput oleh pihak MiG (tq) untuk menyaksikan 
Pratonton Budak Pailang yang diadakan di TGV Sunway Piramid 

Sebelum korang baca apa yang yien nak terang kan tentang Filem Budak Pailang nie
Better korang layan dulu video nie.."Fantastic Budak Pailang"


PUKUL AKU SAMPAI MATI


Tengok dari lagu jerk..mesti korang tak sabar nak tonton filem nie kan..

Filem aksi pertama arahan dari abang Hashim Rejab ini bagi yien boleh di 
beri pujian yang memuaskan kerana banyak babak aksi yang mencabar hati,limpa dada 
peminat filem aksi (dup dap dup dap) jantung penonton dengan sound effect dier juga

cara aksi pergaduhan mereka berlainan dari filem pergaduahan yang lain 
Budak pailang sebuah filem remaja aksi yang memaparkan realiti kehidupan budak-budak pailang.

Menekankan  di mana punca  remaja terlibat dalam  tabiat yang tak baik, pangkal  semuanya datang
dari segi pergaulan rakan dan didikan keluarga...


Bersama pengarah Budak Pailang (Hashim Rejab)



Menyaksikan di pawagam pada : 
1 November 2012 (Gegarkan Pawagam Berhampiran rumah anda)

 Korang semua bijak menialai nyer...citer nier memang terbaik lorh.. (^_^)



Dengan Nyawa saya, saya Boleh Bergurau..Tapi dengan Awak Serious


Pandangan Penonton:

* Sila jangan bandingkan lakonan Aeril zafril dan Aaron aziz kerana dalam lakonan ini
   aeril melakokan watak budak pailang yang hanya lepasan SPM "syabas aeril"

* Lakonan dari Niezam zaidi yang sangat menjadi,dapat melakokan dua watak nyer yang lembut dan  
  berubah kepada keganasan,akibat dari kisah silam die dgn si pailang =)
Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Monday, October 15, 2012

Bowling Mines

Hye... awekkssssss shemua..
Kekurangan masa membuatkan yien  tak endah untuk bermain mata dengan Blog nie..

Kini blog yien sudah menjadi  diari privasi setelah trafik ku merundum jatuh ke tanah,sepeti daun2 kering keguguran..endah tak endah di lihat oleh perjalanan kaki..

Eh2 apa yang yien merepek meraban nie..
Sukatilah nak merepek macam ner punn,.yakin tiada yang sudi kritik punn.. he3x

Kembali lah yien kepada tajuk sebenar nyer... Setelah sekian lama nyer yien meninggal kan zaman bermain Bowling yien "sebab tak power pun" Kerana terpaksa dan memaksa oleh kawan untuk bertanding dengan dier... bajet nak teman jerk "tgk kasut bowling cantik" tergoda lah yien untuk meneruskan perjuangan yien main Bowling....yessssssss...(KALAH) hehehehe

   Si juara dan Si Kalah..

                                       
Selepas pertandingan tersebut.. syarat permainan ..
Siapa menang wajib belanja kami karoke pula...
So si juara nie pun cuba untuk memasukkan bola nyer ke dalam longkag
tapi usaha nyer tak berjaya..sebab hebat sangat agaknye....huhhu

So dukacita nyer si juara nie pujuk lah si kawan lelaki belanja kami Karoke
Pujukan nyer berjaya mencairkan sahabat kami

 Si tukang belanja Karoke..hehehe


Sebanar nya di sebalik tajuk entry yien nie, bermotif kan bahawasanya yien
dah lama tak hangout dengan dorang..lebih kurang 5 tahu juga lah.. "lama ker"
Lagi2 si jante atas nie "Orang Sabah" nun jauh di sana..hehehehe

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Wednesday, October 10, 2012

Nasi Lemak Berjenama !!!


Nasi lemak berjenama ini di beli di Sri serdang 

Tempahan mengikut jenis lauk yang di ambil..
Harga mengikut jenama penulisan yang merepek.. Kata2 Melalui hati yang jujur,
Kepada nama mangsa yang terpapar "harap memaaf kan kami yang tidak lah bersalah sangat"

Nasi lemak ini akan di papar kan di mesyuarat jabatan..
Sokongan staf -staf amat diperlukan (^_^)


Jenama yang yien dapat adalah
"Yien Comel" ops terangkat bakul sendiri lak..he3x




Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Sunday, October 7, 2012

Tips Nak Tinggalkan BF/GF !!



Assalamualaikum,
hAi, awak ,awak ,dan awak... kepada yang mengenali dan yang tidak mengenali
Nur illiyin yg bermaksud _ _ _ _ _ _ "siapa tahu insyallah dia terpandai"

Berbalik pada tajuk entry yien kali nie..
Memang hati yien teringin menjadi kan tips ini sebagai contoh dalam kehidupan harian yien
Cuma yien masih tidak kuat untuk beristiqamah =(

 firstly terangkan dekat dia yang kita nak berubah


♥ terangkan pada dia kapel itu haram disisi islam

♥ cakap dekat dia walau kita kapel 1000tahun belum tentu kita ada jodoh

♥ cakap dekat dia kita nak elak maksiat

 cakap dengan dia saya malu dengan allah

♥ cakap dengan dia kita selalu gaduh sebelum ni bkn sbb kita tak persefahamn
    tp sb ade kemungkaran dlm hbgn

♥ cakap dengan dia kita nak bercinta selepas kahwin.kan lebih indah

♥ cakap dengan dia hijrah itu kan pengorbanan?so saya nak berkorban
   cinta awak untuk cinta Allah

♥ cakap kat dia kalau awk nak kt saya,meminang saya cepat.saya taknak
    bercinta tapi takde hubungan sah!

♥ cakap dekat dia jom sama-sama berubah,insyallah kalau kita ada jodoh,
    hidup kita pasti bahagia!

cakap dekat dia.kita asyik gaduh je,saya nak kan ketenangan!

 cakap dekat dia bila kita berdua,syaitan akan jadi orang ketiga!

 cakap dekat dia saya sayangkan hubungan saya dengan Allah
   lebih dari saya sayangkan hubungan saya dengan awak.

♥ last sekali cakap dekat dia bye bye dan assalamualaikum:)


..kalau ada jodoh allah akan temukan kita balik..serahkan semua pada ALLAH..dia lebih mengetahui :) so now jom kita sama2 kejar cinta ALLAH..cinta yg x pernah menghampakan..

copy dari Dya Mohamad " yin memang suka blog dia"


Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Monday, September 10, 2012

Menu Jamuan Raya ESOK !!! Terbaik... (^_^)

 
Alhamdulilah.. Rezeki yang melimpah ruah untuk jamuan raya di office yien esok...
Pelbagai menu yang di sponser oleh semua pensyarah di JABATAN MATEMATIK UPM..

Semoga esok berjalan dengan lancar..
Pesanan kepada perut... : Jangan lah cepat Kenyang yerh (^_^)

Hari ini puasa.. simpan perut untuk esok ..Yahoooo.com

p/s : Nantikan situasi Jamuan raya yien bersama officemate yang gedixw2 gitu.he3x

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Sunday, September 9, 2012

Series Comel dan Kelakar Nora Danish nie (^_^)

 
Comel giler Nora Danish tiru gaya...hehehe Tergelak besar lak yien tengok nie... (^_~)

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Tuesday, September 4, 2012

Filem Salam Cinta Sangat best..

Selepas 7 Petala Cinta arahan Azahari Zain, sebuah filem bergenre romantik islamik ditayangkan di pawagam, akan muncul sekali lagi filem yang berkonsepkan genre yang sama iaitu Salam Cinta.. Filem nie mengetengahkan ciri-ciri islamik seperti mana yang ditayangkan di dalam filem 7 Petala Cinta..

Sebuah filem yang memberi penuh pengajaran pada diri kita dalam kehidupan harian ..
Cerita ini lebih mendalam di setiap tutur kata yang di sampaikan
dari pelakon nya iaitu Diana Amir..apabila cuba mengajar dan mendekatkan
kekasih hati nya kepada syariat islam, yang di lakonkan oleh Kamal Adli..

Sejujurnya Filem Salam cinta ini pada pandangan yien lebih baik dari filem 7 petala cinta =)
Membuat diri yien terpengaruh dengan setiap perli yang di beri kan dalam filem ini..

Nak tahu apa yang di perli dalam filem ini..
Jangan lupa tonton kan nyer di pawagam bermula pada 6 September 2012


selepas tengok filem nie..
conform dah taknak snap pic dengan artis lagi...hehehehe

Pengajaran kepada Artis..., Peminat.., Pengarah.., Wartawan..,Keluarga dan juga kepada Blogger..!!!

Assalamualaikum bakal Imam Ku...
Waalaikumusalam bakal Makmum Ku...



Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Sunday, August 26, 2012

Suprise di hari pertama masuk kerja selepas Raya

Masuk kerja jer dapat nie kat atas meja.. ♥


Tahun nie duit raya paling sedikit RM35..
Alhamdulilah dapat lah juga duit raya kan walaupun dah kerja..

tapi rasanyer , ini choclate lagi mahal kot..
tq lah pada pemberi yang bertauliah... (^_^)

happy seikit bila masuk kerja nie... (:

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Wednesday, August 22, 2012

Malam raya di Melaka

Wah terkepu otak pikir kan entry raya..
walau pun dah terlambat nak ucapkan raya..

yien masih dalam mood untuk wat entry pasal raya
Actly raya tahun nie,adalah raya yang paling meriah dalam family

sebab utamanya.. family pun makin bertambah dengan kelahiran anak2 abang
kebetulan tahun nie semua balik kg melaka,bkn keluarga mertua :)

Selepas kami berbuka puasa pada malam raya..
masing2 dah excited keluarga kan satu beg Bunga api a.k.a mercun
made in nur illiyin.. hehhe

hasil kerja dari....




awat gelap jer nampak kampung den nie..heheh

Orang semua pergi tarawih ktorang bakar blerang a.k.a mercun..

hahahha..mood raya berlonjak2 meh..

Selesai main mercun..
Tugas hariaan yang wajib kami buat....



bunga rampai...!!!

Sesi memotong daun pandan
untuk di tabur kan kat kubur atok pada pagi raya..

tugas ni mmg wajib di berikan pada orang yang sama jerk
pengalaman terlebih agaknye..hehehe



okay nanti yien update entry pasal pagi raya..
lagiiiiiiiii syokkkkkkkkkkk (^_^)

MooD : Cuti seminggu mehhhhh.....




Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Monday, August 13, 2012

Pantun Raya Mengikut Setiap Negeri (:



Kelantan:
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
...
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu:
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang:
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor:
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka:
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan:.
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

Perak:.
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah:
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang:
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis:
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang.

Selangor/K.Lumpur:
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu ....






Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Sunday, August 12, 2012

Iftar di Wong Solo Bangi

Semalam yien di invite oleh kawan kolej iftar di Wong Solo..
Dengan bebesar hati nya, yien join this event..
Sebab musabab nyer.. mereka adalah kawan yang yien
kenal selama 6 bulan sahaja..tapi rapat nyer dah macam sibling..

Terharu lah mereka dan mereka mengingati yien yang kecil jer dalam kehidupan dorang..
.Mujur event dorang berhampiran dengan rumah yien
Kalau tak,,mmg tak pergi pun..hahahahah


Yang hadir pun tak ramai..
Mood kecewa memang lah jelas terserlah di muka yien..

Tapi bila di pikir kan..tak sampai 3 hari pun dorang nyer rancangan nie..
Ini semua rancanggan last minute jerk..
tapi boleh lah tahan, tak lah sikit sangat... hanya dalam 3 hari jer rancangan nie berjalan
boleh lah juga memnuh kan satu meja di Wong solo tu..hehehe


After event kami berlari menuju ke putrajaya..
Tarawih agak nyer..hehehee..

Then berbincang untuk event seterusnya, di Pulau..
Pulau apa yang terbaik di malaysia yerk???????

Ok mood tak sabar menunggu event seterusnya...
tak malu lak yien"yien orang luar jer dalam event nie" :)


Makanan yang kami order semua nyer tak habis di makan..
sebab gelak kami yang tak henti2 telah menguasai kekenyangan kami.. he3x

Wong solo telah menyediakan set ayam penyet yang lebih mura..
satu set hanya merangkumi RM 10.90 sahaja..

Sapa2 yang bercita2 nak iftar kat wong solo nie..
sila lah booking sebelum kul 4..
Kalau tak nasib korang kena makan kat atas lantai ... ok done (:

p/s : Kepada BFF saya yang tak datang tu... I miss u Fayad,Wanie and Asmaa =(


Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Wednesday, August 8, 2012

Bangga jadi orang terakhir di Baskin Robin Alamanda

Semalam kita semua telah di gempar gempur kan
tentang BR seluruh malaysia akan memberi Percuma
aiskrim satu scoop bermula jam 8-10pm...

So lokasi BR yang berhampiran dengan lokasi rumah yien
semestinya Alamanda Putrajaya..

Punya lah excited nak tengok apa akan terjadi dengan BR
pada saat2 di beri percuma selama 2jam sahaja...

So sampai nyer yien untuk menunggu ketibaan Jam 8.00pm
yien sampai ke lokasi 7.45pm...



!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!

keluarga chongwei jer ramai (cina)
Sebelum ketibaan nyer jam 8.00pm..
beratur dah kemain panjangggggggggggg......

Semua tempat kami pergi penuh....
Nando's Alamanda kami sampai jam 6.00 pm tapi dah penuh juga...!!??
Terpaksa lah menunggu second time jam 8.30pm

Terkuntang kanting kami cari tempat berbuka lain??
Nak beratur kat Baskin Robbin memang tak mungking lah..
.. dah sampai ker luar tasik alamda orang beratur
"syabas kepada yang beratur, kerana anda tergolong dari orang2 yang bersabar"

Angah dengan kak yana pun excited tengok orang beratur panjang
mood : happy walaupun lapar... he3x

So terpaksa kami bawa diri menuju ke tempat duduk di hadapan gerai Nando's
menanti jam 8.30 , tengok di sekeliling alam..ramai nyer orang excited bila dapat BR
walaupun hanya satu scoop "kami pun turut gembira walaupun tak dapat BR"

Muka laparrrrrr...

Yerhhhhhh finally dapat juga masuk Nando's
Niat hati nak jer order half chicken ... Lapar semalam pun tak habis lagi..hehehe

Tapi memikir kan berat badan yang tak turun2..
Terbantut niat nafsu kelaparan yien nak makan banyak2..hehehe
Pilihan saya hanya lah Quarter Chicken...
Alhamdulilah kenyang.....

Kami berbuka puasa jam 9.00pm di Nando's
paling lama dalam 20 hari kita berpuasa... (:

Tapi membatal kan puasa tepat pada waktu nyer..
Di beri minuman percuma air sirap bandung di hadapan surau alamanda..Bagus2..

Selepas melantak  sehabisan di Nando's
Kami semua berpatah balik untuk mencuba nasib di Baskin Robin..

WaHhhh masih ramai beratur hingga ke luar tasik Alamanda..
bak kata angah ,sepangjang 500 meter orang beratur...

Kami sampai2 jer kat tempat beratur tu..
Ada yang jaga barisan untuk BR tu bagi kami LAST kupon..

"Ok jam sudah pukul 10.00pm , masa sudah tamat, hanya orang yang ada Kupon BR jer yang boleh mendapat ais krim BR" Jerit penjagga BR"

Kupon Terakhir di Alamanda ,hak milik kami

Bangga dapat kupon terakhir dalam sejarah..
Bangga bukan Bagang !!?? he3x

Selepas dapat kupon terakhir jerk..
kami balik tampa rasa niat nak beratur langsung.. hehehe

Arahan : sesiapa yang masih simpan kupon BR yang tak sempat ambil aiskrim semalam
boleh tuntut hari nie...(^_____^) arahan yien


Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Tuesday, August 7, 2012

Iftar bersama MiG 2012

Wah Berabad yien membiarkan entry iftar with MiG
dalam save blog yien nie..

Sebab musabab lambat nak publish entry nie
semestinyer tak meriah dan tak menarik
jika tiada hiasan gambar yang yien nak lampirkan kat blog usang yien nie..
Gambar semua kat angah yien.. "pencopek negara"

Mula-mula agak tekad juga lah malas nk post pasal iftar with MiG
cOz dah lama sangat..perasaan malu berlonjak2 ketinggalan di persimpangan..

Di sebabkan kawan2 mendesak "desak lah sangat"
Memaksa yien ceritakan juga pasal Iftar MiG nie...

So secara ringkas nyer..
Yien dalam kemalasan rasa nak copy paste jerk ayat dari blogger yang
yang hadir dalam Iftar bersama MiG nie.. (^_^)

so korang baca lah kat blog nisa kay , syafiq rosli & ujang

Ok layang gambar artis yang turut hadir ke event Iftar bersama MiG

Paling yien suka "Diana Amir" siap masuk kat blog beutifulnara lagi pic kami"

 Mami Nora Danish (:


Dik Wawa Zainal yang berlesum pipit "comel"

Bersama Jejaka MiG (:


Selera makan yien sangat lah kurang kat sana..
coz excited sangat suasana kat situ.. (:
Paling yang menyeronokkan yien... Dapat ampau dari Mejar David Teo "masyuk"


--------> MooD Nak Beraya <--------



Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Thursday, August 2, 2012

Sudah Diet Tapi Tak Kurus!!!???

Assalamualaiukum..
Hampir setengah bulan kita sudah menjalankan ibadah berpuasa..
Majoriti wanita semua mementingkan penampilan yang menarik..
Bentuk badan yang idel menjadi faktor paling penting bagi wanita.,.

Konon nyer puasa nie boleh lah mendapat bentuk badan yang diingin kan oleh wanita
Tapi sebenarnyer ,Puasa ini merehat kan perut kita dari memasukkan
pelbagai jenis makanan selama 11 bulan.
Insyallah ia juga untuk menyihatkan tubuh badan kita..

Punca Diet Tapi tak Kurus....????
Apabila kita makan, makanan akan diagihkan ke seluruh tubuh melalui empat cara.


1) Hati

Hati berfungsi sebagai organ yang menguraikan bahan toksik. Ini bermakna hampir kesemua bahan toksik dibawa ke hati dan hati akan menguraikannya sebelum ia boleh disingkir keluar dari tubuh kita. Selain itu hati juga berperanan mensintesiskan asid amino iaitu bahan protein yang mampu membantu baik pulih tubuh kita. Kulit, rambut, membrane dan sel-sel tubuh sentiasa berganti baru dan proses ini mampu dilakukan dengan adanya hati yang membekalkan asid amino yang mustahak. Apabia enzim dan hormon rosak maka lemak tidak dapat terurai dan sebaliknya melekat pada hati. Ini menjadikan masalah fatty liver atau hati berlemak. Fatty liver mencetuskan kerosakan hati. Sel-sel lemak berkumpul menyaluti organ. Ini membuatkan perut tampak besar dan sukar untuk kempis.

2) Otak

Otak menggunakan secara terus zat makanan yang diperlukan. Yang terpenting adalah glukosa. Keseimbangan paras glukosa dijaga oleh keseimbangan hormon dalam darah kita. Apabila kelenjar hormon bermasalah maka ketidakseimbangan paras gula membuatkan seseorang berasa berdebar debar dan mudah letih.
Apabila otak tidak mendapat cukup tenaga maka seseorang juga menjadi murung dan mudah berasa bosan.

3) Otot

Otot kita menggunakan banyak tenaga. Metabolisme pada otot boleh jadi berlaku secara erobik di mana otot menggunakan oksigen bagi menguraikan gula kepada tenaga dan boleh jadi juga secara unerobik di mana pemecahan glycogen tidak menggunakan oksigen. Hasil akhirnya ialah sejenis asid laktik yang membuatkan otot berasa sakit dan lenguh.

4)Adipose tisu

Adipose tisu ialah nama lain bagi tisu lemak dalam tubuh kita. Tisu lemak merupakan simpanan tenaga dalam tubuh. Apabia seseorang berada dalam keadaan berpuasa lemak ini akan diuraikan kepada tenaga. Bahan yang penting semasa penguraian ini ialah enzim dan hormon pemecah lemak. Di antara hormon dan enzim yang penting ialah insulin glucagon thyroid lipase dan banyak lagi jenis amylase yang bekerja bersama sama.
Kesan daripada hormon yang rosak amat perlahan.

Pada peringkat awal seseorang mula berasa keletihan sahaja lalu mereka beranggapan masalah itu adalah disebabkan penuaan. Apabila tua maka pelbagai masalah menyerang termasuklah keletihan. Apabila kerosakan hormon menjadi serious maka badan menjadi gemuk dan keletihan menjadi lebih ketara.

Pada waktu ini program diet dan senaman tidak lagi dapat membantu mereka.
Kerosakan metabolik turut menjejaskan rupa paras dan kulit mereka. Kulit menjadi bertambah gelap dan kering. Pigmentasi mula kelihatan dan bagi lelaki rambut mula menjadi nipis. Sesetengahnya mula menjadi pelupa dan mudah stress.

Di Marissa Esthetik kami menggunakan pendekatan memberi kefahaman terhadap metabolism sebelum memulakan program penurunan berat badan. Hormon cortisol yang terlalu tinggi cenderung bukan sahaja mengumpul lemak, ia juga membuatkan kulit bengkak dan timbul tanda pigmentasi kehitaman pada kuit.
Ramai orang berkata obesiti disebabkan pemakanan yang salah dan mengambil kalori berlebihan. Namun mengapa setelah berdiet dan makan secara sedikit mereka tetap tidak kurus? Kalau sebab obesiti ialah kalori berlebihan kenapa kita sukar kurus meskipun makan sedikit.
Menganggap obesiti sebagai suatu penyakit yang mengancam kesihatan membolehkan kita berganding bahu di dalam masyarakat bagi merawat dan membendung kejadian ini. Rawatan obesiti bukan sahaja memerlukan pengurangan kalori. Sebaliknya kerosakan hormon metabolik perlu dirawat dan kebolehan tubuh menggunakan lemak sebagai tenaga perlu distimulasikan. Ini dinamakan rawatan secara customized iaitu memenuhi keperluan tubuh seseorang.

Comel Papa nie kan. (:

Papa Jum kita Diet Sama-sama yerh (^_^)

Motif : Doa kan yien juga turut kurus dan sihat tubuh badan (:
             AMIN........
.

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Iftar Bersama Keluarga,Sempena Birthday

Memandangkan bulan ini bulan Ramadhan,
Maka mood yien pun bersemangat untuk berceitakan
Tentang juadah, lokasi, anjuran,dan dengan siapa yien  Berbuka Puasa
sepanjang bulan Ramadhan.. (^_^)

Selama 12 hari kita sudah berpuasa "alhamdulilah,
Tiba nyer kelahiran yien yang ke-22 tahun pada 01 Ogos 2012

So dengan suka cita nyer kebahgiaan  yien..
Masing-masing semua bersepakat untuk berbuka di
Taman Warisan Putrajaya...

Perkara yang membuat yien paling  excited sangatttttttt..
Time yien sebuk nak Membeli satey..
Tiba nyer yien kt Meja makan.. terbeliak mata yien pandang 2 Kek,

Excited sangat semalam, Dapat 2 kek (^_^)

Wah seumur hiduap yien tak pernah celebrate dengan 2 KEK
Kek Secrete Recipe ... (Thank you so much Mohd Azri Kamal "bf")
Kek Coklat American.. (Thankz yous So much Kakak dan keluarga)

Terharu 22 jam di situ..Hilang terus selera makan..hehe (:
Eh2 haruslah dapat layanan special kan ..dah kata anak Bongsu..hahahahaha

I love My Family (^_^) muaxzzz..muaxzzz..muaxzzz <3 br="br">

Family yien nie semua tak kuat makan.,
Selera kami kebanyakkan semua sama jerk.. "senang lah time masak"

Tapi kalau letak jerk satey kat atas Meja..
Semua macam Orang tak makan setahun.. Masing2 semua hantu Satey...hehehe

So sesiapa kalau nak belanja makan..leh lah belanja satey yerh..
Maklum lah kami pun di besar kan kat bandar Satey..hehee


Si dia sponser Kek SecreteRecipe & Satay (:


Di kesempatan ini.. yien mengucapkan Ribuan Terima Kasih
kepada semua yang telah mengucap kan selamat hari jadi kepada yien

Amin segala doa dari semua rakan2... (^_^)



Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

Tuesday, July 31, 2012

Iftar di Flamming bersama dua dak Comel

Semalam 31 Julai 2012(selasa)
Menanti nyer kehadiran tarikh kelahiran yien yang ke-22 "muda lagi"

Kawan yang yien kenal sejak yien masih hingusan lagi..
Telah mengajak yien pergi berjimba di Sunway ..

Seronok dengan kekecohan si senget2 sekalian =p
Kenalan dari Darjah satu " classmate gitu"

ajim- yien yang comot -hana

Perjalanan kami mengambil masa yang singkat..
Bergerak dari rumah yien jam 6.30 pm
sampai ker sunway dalam kul 6.60 pm (:

Kekecewaan berlaku bila kami booking untuk makan di Flamming steamboot jam 8.45pm
Terpaksa lah berbuka kuih di tepi tembok Sunway Lagoon..

Sementara menunggu  berbuka di steamboot
Kami Solat di surau Jusco Sunway "surau sangat sempit"
Terpakasa menunggu giliran.. " sabar jerlah"

Muka Lapar versi Kecomelan.. :)


Time menanti perjalanan dari sunway pyramid ker Lokasi Flamming steamboot
Yang hanya mengambil masa 15 minit...Yien telah mengalami
pelbagai rintangan ,dugaan dan cabaran ...."tapi di rahsia kan" :(

Ok sejurus sampai ker lokasi yang di nantikan sejak berkurun lamanyer "eceh poyo"
Gelojoh nyer kami tak terkata.. tapi stiel leh cover2 Sikit gitu..hehehe


Memperkenal kan Chef  No.1 Malaysia


Chef Nur illiyin Roslan


Sedap juga rasa masakkan dari air tangan sendiri..
Jemput lah datang ke sini kalau nak rasa masakkan yien :)

Tengok berselera sungguh dak comel2 nie makan... "kenyang ker yunk"

Kebas kesemua ketam yang ada kat Flamming nie..
baru berbaloi dengan bayaran yang di kenakan..hehehe

MooD : Terima kasih kawan2 comel ku yang celebrate birthday ku awal sehari (^______^)



.
Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien