Monday, March 31, 2014

Orang Paling Romantik ialah Baginda S.A.W

Jom mulakan dengan pegang tangan pasangan kita. 

  • Berpegangan tangan menyebabkan dosa berguguran...
  • Indahnya pegang tangan pasangan kita yang halal dipegang.
  •  Sebelum pergi atau balik kerja kita pegang tangan pasangan kita.......
  • Rahmat keatas mereka yang buat perkara yang halal..
  • Tengah duduk-duduk pegang tangan mereka.....

Lihat mata mereka dengan perasaan kasih sayang. 

  • Terima kasih kerana sudi menjadi pasangan saya..
  • Melihat mereka dengan perasaan syukur pada Allah...
  • Lihat bila mereka mula berkata-kata..Beri perhatian sepenuhnya..
  • Lihat dan cari kecantikannya dan kebaikannya...
  • Bila Syukur Allah akan tambahkan nikmat..

Bila mereka mula bercakap

  • Beri perhatian sepenuhnya dan jangan potong mereka bercakap...
  • Cuba memahami perasaan mereka...

Lidah kita sentiasa memanggil mereka dengan panggilan yang mereka paling suka.
.

  • Sayang abang yang cantik, menawan, manis, baik hati, solehah, lemah lembut,
  • terima kasih kerana sudi jadi isteri saya..
  • Saya sangat sayang awak kerana Allah...

Dukung sekali sekala seperti Nabi saw dukung Aisyah..
.
kenakan pipi dengan penuh sayang dan manja...

Mandi sekali dan bergurau ketika mandi bersama.
Nabi saw pernah lakukan..

Bukakan pintu dan pegang tangan isteri ketika naik dan 
turun kereta atau semasa ke pasar....

Makan berjemaah dan sekali sekala suapkan satu sama lain..
Minum di tempat yang sama...

Selalu kata salah saya.....minta maaf dan memaafkan..
Tidak hina kerana mengaku salah...

Tahajud bersama-sama. Menangis kerana Allah bersama-sama...
Belajar ilmu bersama-sama....Berdakwah bersama-sama....
Hidupkan rumah dengan Al-Quran dan hadis Nabi saw...

Seorang masak, seorang sibuk tolong basuh pinggan...
Makan dengan menikmati makanan menggembirakan yang masak...

Seorang basuh baju, seorang tolong angkat baju...

Seorang siram bunga, seorang betulkan pasu dan sekali sekala betulkan isteri...

Seorang marah, seorang diam dan minta maaf...
Seorang menangis, seorang sediakan bahu untuk tempat menangis...

Bila sempit dan masalah besar dalam hidup katakan, 
jangan risau sayang, kita ada Allah...
Sebesar mana pun masalah kita..
Allah tidak pernah meninggalkan kita..
Dari sebelum sehingga ia terjadi dan selamanya 
dia tidak pernah meninggalkan kita..Cuma kita perlu kembali pada Allah..
Hanya Allah yang berkuasa..Selain daripadanya tidak boleh beri kebaikan...

Rumahtangga paling bahagia ialah rumah tangga Nabi saw...
Tidak pernah akan kecewa sebuah keluarga yang bawa sunnah Nabi saw..
Tiada yang boleh bagi bahagia selain dari Allah..
Allah janjikan kebahagiaan yang hakiki hanya dalam agama..

Maksud perkahwinan yang sebenarnya ialah 
membawa kita semua semakin mencintai Allah selamanya..
Bawa seluruh keluarga kembali pada Allah..
Hanya Allah yang tahu betapa nikmatnya bila sebuah keluarga
 bersama-sama menghidupkan Islam....

Tiada wang ringgit atau sebanyak mana pun 
tidak dapat ganti kebahagiaan keluarga ini...
Bahagia tanpa syarat...Tiada siapa boleh hancurkan bahagia ini...
Kerana ini bahagia yang sebenarnya..
Allah hadiahkan kepada mereka yang benar-benar membawa kehidupan Nabi saw...

copy: Ustad Ebit Lew


Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

1 comment:

Unknown said...

nice sharing yien ^^