Wednesday, March 4, 2015

TIPS TEMUDUGA


Yien dapat tawaran Temuduga....Punya lah mengharap... study punya study tips di bawah
Satu tips pun tak masuk...

1.     Beritahu kami tentang diri anda?
Biasanya, soalan ini adalah soalan pembuka. Oleh itu, jangan habiskan masa terlalu lama untuk menjawabnya. Berikan jawapan yang dari segi empat perkara ini, iaitu; tahun-tahun terakhir pendidikan, pengalaman kerja terdahulu dan pengalaman kerja semasa. 

2.     Apa yang anda tahu mengenai kami?

Ketika anda diajukan oleh soalan ini, anda diharapkan oleh penemuduga untuk mengulas mengenai produk atau perkhidmatan, keuntungan, reputasi, pandangan masyarakat, objektif, masalah, gaya pengurusan, kakitangan, sejarah dan falsafah organisasi. Berikan jawapan yang menunjukkan anda meluangkan masa untuk mencari maklumat mengenai organisasi tersebut. Tetapi janganlah anda bercakap seperti anda tahu semua tentang organisasi tersebut. Tunjukkan keinginan anda untuk mempelajari lebih banyak tentang organisasi tersebut, dan jangan memberikan jawapan yang negatif seperti “Saya tahu syarikat ini mengalami masalah”. Tekankan keunggulan dan kejayaan organisasi serta minat anda terhadap organisasi. 

3.     Apa yang dapat anda berikan kepada kami (yang orang lain tidak boleh beri)?Sebutkan prestasi dan pencapaian kerjaya yang telah anda capai. Sebutkan kemampuan dan perkara-perkara yang menarik perhatian penemuduga, nyatakan bagaimana anda lakukannya.

 4.     Nyatakan kemampuan anda menentukan kepentingan, mengenalpasti masalah, dan apa yang paling menarik bagi anda bagi jawatan yang dipohon? Dan apa yang paling tidak menarik?
Sebutkan tiga atau empat faktor menarik dari pekerjaan yang anda ingin miliki ini dan satu faktor yang kurang menarik bagi anda.

 5.     Mengapa kami harus mengambil anda bekerja?

Soalan ini sama seperti soalan nombor empat tadi, sebutkan sahaja kelebihan diri anda yang mampu menyokong organisasi ini.

 6.     Apa yang anda cari di dalam sesuatu pekerjaan?

Berikan jawapan yang berkaitan dengan peluang di dalam organisasi. Beritahu penemuduga sekiranya anda ingin memberikan sumbangan dan dikenali di dalam oragnisasi di masa akan datang. Hindari jawapan yang mempersoalkan kestabilan kewangan peribadi.

 7.     Bagi anda, apa definisi dari jawatan yang anda pohon ini?

Berikan jawapan yang ringkas dan berkaitan tugas dan tanggungjawab jawatan yang anda pohon itu. Pastikan anda tahu mengenai jawatan tersebut sebelum anda menjawabnya. 

8.     Berapa lama waktu yang anda perlukan untuk memberikan sumbangan bermakna kepada kami?

Berikan jawapan yang realistik. Beritahukan penemuduga, walaupun anda akan berusaha mengatasi segala harapan orang atasan kepada anda dan mendapat kritikan dari hari pertama, anda memerlukan sekitar enam bulan untuk betul-betul mengenali organisasi tersebut dan keperluannya.

 9.     Berapa lama ada akan bersama kami?

Beritahu kepada penemuduga bahawa anda sangat berminat bekerja bersama oragnisasi tersebut. Anda mahu bersama-sama menghadapi segala kesukaran, dugaan dan mencapai matlamat organisasi bersama.

10.  Dari CV anda, kami rasa anda terlalu berpengalaman bagi menjawat jawatan ini. Bagaimana pendapat anda?

Ini soalan perangkap. Anda diharapkan untuk merendah diri namun percaya pada diri dengan kemampuan anda. Cara terbaik menjawab soalan ini ialah katakan anda perlukan masa untuk mengenali organisasi dengan lebih jauh sebelum menjadi cekap untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi.

11.  Kenapa anda meninggalkan pekerjaan anda yang sebelum ini?
Anda sebaiknya menjawab soalan ini denga jujur namun ringkas dan jelas termasuk jika hal anda dipecat dari pekerjaan sebelum ini. Walaubagaimana pun, anda sebaiknya jangan menyebut tentang konflik peribadi. Anda perlu menjangkakan bahawa penemuduga mungkin akan bertanya banyak soalan tentang masalah ini, jangan sampai anda beremosi.

12.  Apa yang anda rasakan ketika harus berhenti dari pekerjaan anda?
Beritahu penemuduga bahawa anda berasa bimbang namun tidak panik. Katakan bahawa anda telah sedia menerima segala risiko demi mendapatkan pekerjaan yang sesuai untuk anda. Jangan menunjukkan anda lebih mementingkan kestabilan kewangan.

13.  Di dalam pekerjaan anda sebelumnya, apa yang anda suka? Dan apa yang anda tidak suka?
Berhati-hatilah dalam menjawab soalan ini dan kemukakan perkara-perkara yang positif. Nyatakan secara terperinci hal yang anda suka dan tidak suka. Jangan menyebut tentang masalah peribadi. Jika prestasi anda teruk di dalam pekerjaan sebelum ini, penemuduga akan bertanya-tanya mengapa anda berada di sana. Hal ini akan menjejaskan profesionalisme anda.

14.  Apa pendapat anda tentang ketua anda sebelumnya?
Soalan ini juga hendaklah dijawab dengan berhati-hati. Jawablah soalan ini dengan positif kerana bakal ketua anda akan merasakan anda akan mengata hal-hal yang buruk tentangnya seperti apa yang anda lakukan terhadap bos anda terdahulu.

15.  Mengapa anda tidak mendapatkan pekerjaan yang lebih baik di usia anda sekarang?
Soalan ini adalah soalan perangkap juga. Beritahu penemuduga bahawa inilah sebab anda memohon jawatan di organisasi ini. Jangan bersikap defensif.

16.  Berapa gaji yang anda inginkan?
Ini soalan yang menarik, namun pastikan anda menyebut had angka misalnya RM2,000 – RM2,500, yang anda yakin merupakan gaji yang sesuai atau anda sendiri bertanya kepada penemuduga berapa had gaji yang akan diberi untuk jawatan tersebut. Jika anda diajukan soalan ini pada awal sesi temuduga, sebaiknya elakkan bertanya yang anda ingin tahu berapa banyak tanggungjawab yang akan anda pegang di perusahaan tersebut sebelum menjawab soalan gaji ini. Tegaskan bahawa anda mementingkan pekerjaan dan bukan menjual standardanda.
  
17.  Apa matlamat jangka panjang anda?
Untuk menjawab soalan ini, anda perlu meneliti organisasi tersebut dan mengetahui perancangan dan matlamat mereka. Jawapan anda hendaklah seiring dengan matlamat dan obejktif organisasi.

18.  Berapa banyak kejayaan yang anda rasa anda telah capai?
Berikan jawapan yang positif dan percaya pada diri, namun jangan memberikan jawapan yang berlebih-lebih. Jangan membuat penemuduga berasa anda seorang yang suka membesar-besarkan sesuatu.

Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

No comments: