Thursday, September 29, 2011

Pengorbanan ibu ker anak ???

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00

...
... 4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00


Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayang Ibu"


Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

11 comments:

Mr.Superman said...

ank2 x bole la nk berkira dgn ibu bapa sdri..klu kita nk byr merepa pun smpai mati x terbalas kn.

Mr.Superman said...

*mereka - typo plk. :D

aizamia3 said...

kisah ni.. print.. pastu kalau anak-anak mengungkit.. bagi anak-anak baca.. tengok apa reaksi dorang.. ;)

SoLy SoLicious said...

kos komen sini = RM 1juta..hahaha

ejulz said...

penah dgr luahan seorang mak kpd anak yg dah bergelar Dato'.. mampu beristeri 4 dan memberi rumah dan kereta2 mewah kpd isteri2. tp bila mak mintak sebuah kereta je, berkira sgt.. kesian dgr luahan makcik tu.. ish3..

Anonymous said...

hukhuk,sayang ibu selamanya :'D
rindu yien lah ekceli.maap xsempat pegi beraya umah yien :(

Aimie Diyanna said...

Hai, thanks a lot sebab sudi datang jenguk ENTRY kebabomm. hihi.

Nameerah Roslan : nameeroslan.blogspot.com

Maslinda Roslan : lyndaroslan.blogspot.com

Adiela Ridzuan : adielaridzuan.blogspot.com/

Nurul Ain : nurulain8888.blogspot.com

Selamat Terjah dan Kirimkan salam saya pada mereka Pleaasee.. Wajib tau. hehe amanah ni.

ir yien 9897 said...

Abang Stalker :

boleh palak tertypo..huhuhu

aizamia : cadangan yang bernas :)

ir yien 9897 said...

Soly :

hahaha.. sapa kena bayar
sapa nie :)

ir yien 9897 said...

ejulz :

wah boleh buat entry tu..

cheqwa : hargai lah ibu kita
miss u too dear :)

Xavi De said...

jasa mak ayah mmg xterbalas...