Tuesday, September 13, 2011

Selsema

Ini Dr Ir yien nak bagitau serba sedikit tentang Selsema
yang sekian lama bermanja dalam tubuh Dr.. huhuhu

Sapa tak percaya yien kini dah bergelar DR.
boleh lah pergi ke entry sebelum nie  Yien Sudah Menjadi Doktor !!??


Apakah tanda-tanda dan gejala demam selsema?
Tanda-tanda dan gejala demam selsema adalah mudah dicamkan,
oleh itu selalunya diagnosis sendiri yang dilakukan pesakit adalah betul.
Gejala demam selsema bermula 1-3 hari selepas jangkitan.
Gejala-gejala yang paling biasa adalah seperti di bawah:
  • Tekak yang kering atau sakit-mungkin mendahului gejala-gejala
    lain dalam masa sehari atau lebih.
  • Hidung berair-hingus berair dan jernih kemudian ia mula pekat.
  • Hidung tersumbat (penyumbatan rongga hidung). Bayi mungkin
    sukar untuk menghisap susu disebabkan hidungnya tersumbat.
  • Bersin-merupakan usaha badan untuk melapangkan saluran
    rongga hidung.
  • Batuk-mungkin kering atau mengeluarkan kahak.
  • Suara parau-suara kasar dan parau kerana virus menyebabkan
    korda vokal (peti suara) membengkak.
Gejala-gejala yang lain
  • Mata rasa kepanasan sedikit
  • Hilang deria bau dan rasa.
  • Terasa seperti sinus atau telinga penuh dengan tekanan.
  • Demam.
  • Sakit-sakit badan.
Purata jangka masa gejala demam selsema adalah 7 hari.
Lebih kurang seperempat dari keseluruhan demam selsema dan
gejala-gejalanya mungkin berterusan selama 2 minggu.


Pencegahan
Di bawah ini disenaraikan beberapa petua yang boleh melindungi
anda daripada mendapat demam selsema:
    • Selalu membasuh tangan dengan bersih.
    • Tutup mulut ketika batuk atau bersin.
    • Mengelap hidung menggunakan tisu pakai buang dengan cermat
    • Elakkan menggosok mata dengan tangan yang kotor.
    • Jangan menggigit kuku.
    • Jauhi diri daripada orang yang menghidap demam selsema
      terutama apabila mereka batuk atau bersin
    • Jauhi tempat yang sesak dengan orang ramai.
    • Makanlah makanan yang seimbang.
    • Jangan biarkan diri anda kesejukan atau terlalu letih.
      Dapatkan rehat yang mencukupi.
    • Kekalkan tahap hidrasi badan yang mencukupi dengan
      meminum 8 gelas air sehari.

Doa kan yien cepat sembuh yerh.. =)
Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

13 comments:

Unknown said...

tak suka selesema jugak tapi selalu kena..hmpphhhh

chiLleD...!! said...

moga cepat sembuh yer..hehe

Aini Azman said...

adeehh seksa oo klu kene selesema ni,.rasa mcm nak cbot je idong,.hahaha

Bunga said...

semoga cepat sembuh..tapi bunga selesema sebelum puasa g..sampai sekarang xsembuh2 lagi..hjeee

ir yien 9897 said...

chiLleD...!!

Thankz :)

ir yien 9897 said...

yerp semua tak suka selsema..
sama2 lah kita mengelak kan diri lagi dari terus terjebak dgn selsema :) hehehe

BeloG MTT said...

Selsema boleh menggangu kosentrasi kankankan Dr Yien ! :)

Hiddy Asri said...

Thanks for the useful tips, Dr.

Unknown said...

Dr yien..dh lama tak dtg jenguk sini..rinduuu heheh..anyway skang sakit pinggang la..hari tue biasa2 jer tp skang makin teruk..x ade ape kn? slh tdo kot

SoLy SoLicious said...

sgt benci bila selseam kan..rase nk cabut jap hidung ni..

Luqeem™ said...

bila selsema sumbat lubang hidung dengan kapas je..haha..

nafas guna mulut..

kajaharuna said...

selesema bole membuat kan suara saya jd seksi.. hehe :)

deem said...

demam ke?rajin bersenam dan makan ubat.get well soon :)