Sunday, June 26, 2011

Perigi Cari Timba !!!

u nie henserm lah
Sapa yang pernah ada perasaan macam nie,???
Hah tentu tak nak ngaku, malu lah konon kan,
"eleh yien tanya orang, yien pun mesti malu kan,"

Ada Dua Jenis Wanita Perigi Cari Timba ,

Ini Perbualan yien dengan artis Elyana
..

yien : ai kak elyana, bahagia nampak...

elyana: alhamdulilah bahagia sejak khawin nie,

yien : dengar cita akak dlm kategori Perigi Cari Timba, tak rasa malu ka?

elyana : Malu?? wtper nak malu, akak yakin dengan pilihan akak.

yien : naper akk ngorat husband akk tu,sedangkan dia tak kenal akk pun?

elyana : laki kat luar sana tu bukan nyer boleh percaya dik, suka sangat sakat2 nak ngorat, laki yang mudah nak ngorat perempuan nie selalu nya, dia akan buat perkara yang sama setiaP hari, mesti bukan dengan akak jer dia test ngorat, setiiap hari laluan dia nampak awek jerk, conform dia menggatal mengorat......blablablabla.....

yien : ok kak, yien dah faham, malas nak dengar akak membebel lagi bye.......

i sanggup bagi u bear besar, i amik yg kecik jerk
Ini Perbualan yien dengan artis-artis Vyone..

yien : ai akak Vyone yang jahat,

Vyoen : eh2 u nie kurang ajar lah yien,

yien : u memang jahat kan Vyone, i benci kat u..

Vyone : U jangan melampau yerh, i upah orang bunuh u  karang,

yien: yerlah , kenapa u jahat nak sangat kat Seth?? Perigi Cari Timba...

Vyone : u apa tahu, i nak kat seth sebab i tahu laki macam tue dapat bagi i kemewahan yang cukup, i akan dapat duit banyak2 dari dia, i akan shopping hari2, dari kechik i dah penat hidup susah,thats y sekarang i nak khawin dengan laki kaya, Tapi Seth tetap tak nak kat i, i dah try goda dia..!!

yien : alar padan muka vyone.bye


Seth jangan lari, i nak khawin ngn u !!
Ok anda pasti dapat beza kan niat keikhlasan seseorang dalam jodoh
Sapa kata yien malu nak ngaku,actualy yien pun penah berada dalam Kategori
Perigi Cari Timba,But bukan dalam situasi Yvone, yien dalam situasi elyana. =)

Terdapat 3 jenis cinta iaitu:
1. Cinta nafsu.
    Lelaki menyukai wanita kerana kecantikan fizikal.

2. Cinta nak guna
    Lelaki mahukan wanita itu kerana kedudukan,
    kecantikan untuk kepentingan dirinya.

3. Cinta ikhlas
    Datang dari hati. Cinta ikhlas ini mewujudkan perasaan
    debar dan ada kalanya berpeluh-peluh 
    apabila berjumpa, tidak berani bertentang mata dan
    perbuatan menjadi tidak tentu hala. Ini kerana 
    wujudnya getaran antara dua jiwa.


Kebanyakan lelaki tidak memilih pasangan disebabkan kecantikan fizikal semata-mata kerana ia tidak akan kekal. Mereka lihat wanita dari segi hati budi dan sikap. Kita kenal dia cara matang dan bukannya cinta monyet. Biarlah perkahwinan yang dibina berkekalan. Lelaki yang matang akan memilih wanita dari segi personalitinya. Kita perlu faham untuk memikat seseorang untuk sementara atau selamanya.

Lelaki biasanya terpikat kepada wanita yang lemah lembut, berbudi bahasa, pemikiran matang. Wanita jenis ini boleh dijadikan kawan dan kekasih. Jika lelaki itu terpikat dengan wanita kerana seksinya, lama kelamaan ia akan menjadi seksa. Ini kerana suami tidak suka isterinya kelihatan seksi di luar rumah. Ia boleh menimbulkan penceraian,






Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

15 comments:

BeloG MTT said...

Bukan Yvonne tu sayang you ker sayangku? =.=

ir yien 9897 said...

haha itu watak dulu,
skrang i dah insaf,
tapi stiel teringat Vyone,
thats y i g jumpa dia petang tadi :)

haikalblank said...

hehe...pendekatan yang berkesan itu yang penting kalau nak goda lelaki. Lelaki tak suka perempuan yang bujet romantik. dia lebih suka something fresh n original.

gadis buruk2 pun berjaya usya laki macho bai...janji mampu tunjukkan something special. keh3..

*yang special tu ditentukan kecenderungan lelaki tu pada apa...:D (mula dari rakan paling senang kadang - kadang)

ir yien 9897 said...

haikalblank : wah sungguh jelas dan bernas comment dari kamu haikal..

anda mesti suka awek yg ngorat anda..heheheh

Fuhrer said...

Seumur hidup..taj penah plak aku dingorat perempuan..hahaha...jap2..ade skali..tp tyme tu sekolah lg..siap anta2 surat lg..hahahaha...sweet memory..

p/s: Salam perkenalan..saya blogger baru..

ir yien 9897 said...

Fuhrer : owh..hehehehe ada juga pernah berlaku

pergi cari timba :)

ok terus berblog :)

Shawn Razaleigh said...

cepat2 semua perigi cari timba..

senang sikit kerja gua.haha

Freaky said...

jangan cari saya.. saya sudah ada kekasih.. tibe2 je :P

ir yien 9897 said...

Shawn : nanti susah pila nak wat pilihan..suh mak cari lah.... hahahah

ir yien 9897 said...

Freaky : ops...wah untung lah awek,,,dpt pengakuan mcm nie dari bf..hahahah

Ujang9897 said...

saya single meh ngorat..hahaha



nak curik entri ni

piesang aiman said...

hik3!!best3!!

fifianggun said...

a bit kelakar perbualan dengan yvonne tu,,hehe,,,btw,,tak salah if perigi cari timba asalkan niat dan pilihan y dibuat tu betul

yaya_flanella said...

saya nak perigi cari timba jugak boleh? ups. :p

Isteri Encek Bard said...

bila kita ikhlas dalam mencari apsangan, Insya Allah jodoh yang terbaik dia buat kita dik....