Saturday, July 9, 2011

Kenapa Tunang Orang Jadi Rebutan !!!

Ibu3...,bapak2....,
siapa yang punya anak bilang aku,
aku yang sedang malu,sama teman2 ku
kerana diriku yang tak laku3.. (~_~)

Kenapa dan mengapa hak milik orang punya juga jadi rebutan?
Dulu time belum ada ikatan taknak lak berebut godaan.

Yien pernah dengar tunang dari segi istilah,ialah :!!
when si bf bercakap,
" baby boy akan khawin dengan baby girl suatu hari nanti"
mean si lelaki ajak si wanita berkhawin,itu di kira bertunang.
dan ada juga yang setan berkata "alar baru tunag" OmG....

Alar macam yien lak, bila yien dah minat laki tue,
dan2 si awek dia cepat2 ajak tunang
4 example.. :
Zahiril Adzim

Asyraf Muslim

Ok sangat poyo ayat entyr diatas nie..hahahaha
Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?
Jawapan
Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.
Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.
Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

dari ceramah Ustaz Azhar Idrus.
Terima K♥sih Melih♥t dan Memb♥c♥ Blog ir yien

16 comments:

Adzriel AB said...

tak baik oo kacau tunang org..

azwa amani said...

betul tu, amani tengah alaminya sekarang..semoga hati tetap teguh kepada dia

MerLe said...

tul tu.. tp mmg ada yg jenis sk kacau tunang org.. tak suka~

MerLe said...

tul tu.. tp mmg ada yg jenis sk kacau tunang org.. tak suka~

kotak bulat said...

errrr... kb ad ramai tunang ke? :P
adoiyai.. bru tau ni..

ir yien 9897 said...

eh2 bukan yien rampas..
yien pun dh bertunang..hehehe

Fee Hafeezah ketuk keyboard said...

betul3..kalau couple tuh beringatlah, kngkdg tanpa sedar berlaku sume menda nih..thanx, nice share :D

Cik Wani said...

hye,blogwlking here.

btw jom komen link kt entry wani ni.

http://akuazwani91.blogspot.com/2011/07/i-saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

thx a lot =)

Isteri Encek Bard said...

hhhehheehheh tahi allat sama lak ngan zahiril tu

Ujang9897 said...

bestnya jumpa zahiril..hahahaa

bunga said...

pernah dengar yang tu..heee

syuE said...

haha.. asyraf muslim encem! :P

thanx visit my blog :)

KAMIHIDUP said...

bertunanglah cepat yien, heee. :)

Qaseh dalia adelia said...

wahhh .. dah jadi tunang org lah kira huhu

~syue syada~ said...

eh,syue pon dah bertunang lah ni ea...hehehe

Mesyhta Beto said...

so camne pulak nak putuskan tunang, kalau tunang cara ini???